9 bulan.. sekali pon tak pernah demam walaupun selepas disuntik. Tapi kelmarin dia demam.. Bila dia demam , tu diaaaa.. memang manja abiss ! Asyik nak berkepit jer atau nak nangis.. Sama macam mak dia la.. tapi bukan la part berkepit atau nangis .. payah nak demam tapi bila demam.. hurmm.. terbaring jer ! Seingat aku la, sepanjang aku berkahwin dengan dia , hanya beberapa kali je demam berbanding aku.. kerap gak la demam ! Hehehe..
Berbeza dengan Qhaliff yang mudah demam..
Dan yang keduanya .. nyamuk tak gigit dia ? Hurmmm.. Aku tak pernah nampak kat badan wife aku , gigitan nyamuk ! Hurm.. pelik ? Orang kata faktor darah ! Hurmm.. Entah laaa..
Qhaliff mudah benar digigit nyamuk. Nasib baik la ada Magic Lotion yang boleh aku sapu kat badan Qhaliff tiap kali nak gi tempat yang disyaki ada nyamuk.. Huhuh..
Aku pon mudah digigit nyamuk ! Hurmm.. Tau tau , merah dah kaki atau tangan.. Hurmm.. Apakah aku ada pertalian darah dengan nyamuk ???