Ternampak di Jusco Cheras baru baru ni. Tanya harga.. RM499 ! Kualiti siang dan malam memang mengagumkan , katanya laa ! Berdasarkan risalah yang dia beri tu , memang benar katanya.
Aku tanya wife.. Nak tak amik ? Dia tanya aku , buat apa ? Bab ni kan.. kalau tanya orang perempuan , diorang memang agak kurang peka skit.. Maklumlah , gadget ni lelaki je yang ‘gila’ !
Tapi kalau kita rujuk kembali kemalangan yang berlaku kebelakangan ni , kalau ada bukti video.. pasti sangat membantu ! Ni kalau cakap mulut jer , jenuh gak !
Yelah.. harga memang agak terkedu skit..seringgit lagi RM500 ! Dah la tak de diskaun.. silap silap tambah lagi GST !
Namun begitu , perakam video khusus untuk kereta ni memanglah bagus digunakan. Aku sendiri kelmarin hampir langgar dengan kereta yang mana ada sebijik kereta lahanat pemandunya , secara suka hati nenek dia main celah masuk depan aku , tanpa beri sebarang isyarat sama sekali ! Tak ke bengang !! Kang bila berlanggar , kita salah sebab kita yang langgar belakang dia !!! Grrrr..
Hurm.. nampaknya , aku kena kumpul duit sehari RM1 untuk beli kamera ni ! Suka atau tidak , keselamatan dan bukti bergambar amatlah penting ketika berada di atas jalan raya ! Kan kan ?