Tak sia sia aku ngorat bini aku , 8 tahun dulu.. Dan sememangnya aku bertuah dapat kenal dia. Aku tak teringat langsung yang aku perlukan beg travel ! Semalam ,di Alamanda.. dia ajak masuk ke House Of Leather.. Nak beli beg memandangkan beg yang ada , dah rosak ! Aiseyman.. tak teringat langsung !
Secara jujurnya , aku ‘melantik’ wife menjadi penolong peribadi aku. Aku tak mampu nak urus segalanya terutama melibatkan urusan ‘blog’ aku ni !
“ Bang , nak amik beg mana satu ? “.
Er.. mana mana je laaa.. Dan dia uruskan segalanya ! Hasilnya , nilah beg travel kami sekeluarga yang pertama !
Nampak macam Transformers kan ? Hahahaha .. Aku tauu.. aku pun fikir gitu gakk.. Takkan nak amik beg ni tapi setelah tengok dan bertanya segalanya , maka beg ni jadi pilihan berbanding yang lain ! Dengan harga RM800++ , maka kami miliki kedua dua beg ni ! Haaaa ! Tahan lasak , safety pon bagus.. Dan jaminan sepanjang hidup kami ! Lalalal.. tayar rosak , zip rosak , handle rosak.. leh hantar balik untuk repair ! Ok la kan ?
Aku perlukan beg yang lebih kemas dan selamat selepas cermin mata Oakley aku dicuri ! Aku letak dalam beg.. Huhuhhu.. Silap sendiri laaa.. Masa tu memang dungu part travel ni..
Dan kali ni , aku nak shopping kat Korea ! Dulu kat Paris , aku tengok jer.. Huhuhuh..