Awal pagi semalam… Aku tercari earphone Oppo aku. Tak jumpa ! Mana menghilang pon tak tau laaa.. Dan tiba-tiba , muncul di kaki aku nun di dalam bilik ! Atas karpet.. Camana lak leh ada sini ? Hurm.. Namun aku jumpa bukan dalam keadaan sempurna ! Salah satu bahagian kehilangan ‘getah’nya.. Tak leh guna jugak la kalau gitu.. Hurmm.. Puas cari gak.. tak jumpa !
Dan pagi tadi , selepas mengerjakan solat Dhuha.. aku nak bersenam 6 saat ! Hehehe.. Lama tak bersenam. Berat bontot dah ! Baru letakkan tangan atas lantai , tetiba terpandang..
“ Ehhh.. macam aku kenal jer ! “
Bayangkan laaa.. seluas luas tempat di rumah aku tu , aku leh muka aku betul betul mengadap benda yang aku cari semalaman !
Alhamdulillah.. tak yah beli baru ! Huhuh.. Jimat duit ! Baru plan nak beli kat Korea nanti.. laalallaa …