Teringat kata seorang kawan..
“ Diorang ni budak budak lagi. Usia diorang ni , di zaman kita dulu duk main sungai.. main kejar kejar.. Main guli ! Tapi sekarang ? Diorang duduk sendirian dan main tab.. handphone ! Bila sekolah , dari pagi sampai malam dok ngan buku jer.. Siang , sekolah agama. Tengahari sekolah kebangsaan. Malam , tuisyen. Pastu buat kerja sekolah. Selesai semua , baru boleh tidur. Baru nak nyenyak , kena kejut gi sekolah. Stress diorang ! “
Teringat wajah Qhaliff yang baru jangkau 4 tahun. Apa plan aku pada dia ? Duit aku dah mula menyimpan untuk dia. Apakah aku nak dia jadi profesor ? Guru agama ? Ahli saintis yang berjaya ? Pilot ? Blogger??? Nak jadi blogger tu boleh.. tapi biar blogger yang berilmu.. bukan cam bapak dia.. Bapak dia , nasib baik handsome.. leh la cari makan skit.. Hahahaha..
Tapi betul apa kata bro tu.. Ada sampai Sabtu Ahad pon penuh dengan aktiviti . Kononnya , tak nak jadi cam mak ayah dia. Biar mereka lebih berjaya ! Tapi peliknya , masa mak ayah dia sekolah dulu.. baru sekolah kebangsaan dah tak larat ! Tang anak dia , macam macam suruh buat ! Apakah anaknya itu robot ???
Serius.. kalau akulah kanak kanak itu , aku pasti akan jadi tertekan ! Sibuk nak dapat no 1 ! Nak lawan dengan sepupu gitu. Adoi.. tak hagak hagak ! Diorang ni budak lagi. Bila diorang besar , apa memori diorang ada? Dah la kat sekolah pon tak aktif berkokurikulum. Kalau aktif , ok la gak.. Tapi confirm akan jadi penat sangatttt bila kat rumah !
Ada baik dan buruk .. Yer , aku tahu.. Tapi cuba tengok anak kita tu.. Dan jangan main sumbat jer tanpa mengetahui masalah mereka andai mereka datang mengadu. Tahu nak marah jer ! Huhhhh…