Tindakan pantas dari Jabatan Amal Malaysia Negeri Kelantan yang sering terlibat dengan kerja kerja amal di Kelantan , membersihkan lebuh raya Central Spine yang kotor akibat dek perbuatan pengguna jalan raya yang tidak punya kesedaran sivik sama sekali.. pentingkan diri sendiri ? Hurmm.. Tak kisah la... moga mereka sedar satu hari nanti , yang bumi ni bukan milik dia dan kembali turut sama menjaga kebersihan.
Menerusi Facebook Nazman Che Iberahim , Jabatan Amal Malaysia Negeri Kelantan pada Aidilfitri ke 4 telah turun ke kawasan kawasan yang terlibat dan bergotong royong membersihkannya. Kalau tau ni , leh gak aku join sama.. Huhuh.. Tahniah buat mereka !
Terlepas pandang poster ni ! Hurmm.. Sibuk beraya agaknya aku.
Seperti yang mereka 'janjikan' ... mereka turun di awal pagi tanpa kira usia ! Aduhh... terharu sungguh la tengok mereka.
Alhamdulillah.. Moga selepas ni ... moga selepas ni.. aku ulangi.. moga selepas ni kalau nak ke mana mana , sediakan plastik sampah dalam kereta.. banyak banyak ! Tak kira la ke mana sekali pun , apa kenegerian kita sekali pun.. sama sama kita jaga kebersihan ! Segalanya bermula dari kita sendiri.. Tahniah buat semua yang terlibat !