Aku gi gym ari tu... saja saja la timbang. Aku ni spesis malas timbang berat badan sebenarnya. Tapi selepas kecederaan lutut ari tu , aku rasa aku dah tau antara sebabnya.. badan berat ! Walaupun aku nampak kurus , tapi berat badan aku ni , aku rasa cam tak sesuai dengan tubuh badan. Bayangkan punya la kacak dan tampak kurus gini rupanya berat dalam 97kg !!!!!!! PErghh... macam badan anak T-Rex !
Gi gym , hari hari tapi badan sama je timbanganya. Apa masalah aku sebenarnya ? Haaa.. akhirnya dah tau dah !!
Masalah aku ialah pemakanan yang tak betul ! Nahhh... aku kena atur semula pemakanan aku. Maka aku mulakan pagi aku dengan susu kambing Lazz asli yang kurang gula tu ! Ni penting !! Di usia 40an , gula kena kawal untuk elak diabetis. Kemudian kena juga kawal kolestrol. Cara terbaik ialah dengan banyakkan bersenam. Ok , aku buat dua dua ni. Aku memang bukan hantu gula. Minuman takda gula pon , aku lagi suka
Sarapan aku , susu kambing Lazz dan dicicah dengan biskut. Fuh , lazat kaauuu ! Beberapa keping je dah cukup. Pastu kenyang dah sampai ke tengahari. Kalau lapar , bedal je buah epal atau buah buahan yang setanding denganya.
Makan tengahari ? Sebelum nak makan tengahari tu.. korang minum secawan lagi susu kambing Lazz ni ! Hehehehe... Kenapa ? Untuk elakkan korang terlalu berselera bila tengok makanan di restoran nanti ! Bila perut dah terisi sedikit , maka nak makan banyak tu takda la sangat, kan ? Kira makan ala ala gitu jer.. Nah , automatik korang dah selamatkan poket dan juga perut korang tu.. kan kan ?
Makan malam pun gitu gak.. Susu kambing Lazz dicicah dengan biskut jer. Itu jer ! Tapi aku sediakan telur rebus sebagai penambah protein memandangkan aku nak pastikan otot otot badan dalam keadaan baik. Begitu juga ayam sebagai sumber protein. Kalau jumpa Nando's atau Kenny Rogers tu, memang aku akan bedal la ayam ayamnya.. Hahahaa..
Dan berhasil. 2 kilo hilang ari tu. Kali terakhir aku gi gym , aku timbang... 95kg. Sekarang aku cuba nak dapatkan 80kg beserta otot sebelum Ramadan. Tamo kurus melidi ! Apakah akan berjaya ? Hehehe... Tungguuuu...