Kalau korang follow Instagram aku , pasti tahu yang aku ni kaki minum minuman detox atau seangkatan dengannya. Dan yer , aku buat sendiri ! Tapi perlu tahu , kos nak buat sendiri memanglah tinggi tapi demi kebaikan , apa salahnya kan ? Badan sihat , boleh cari duit banyak banyak. Dah tak sihat , duit banyak pon tak guna.. kan kan ?
Sejak usia 28 tahun lagi aku dah ada Hypertension. Cara untuk mengawalnya , aku kena rajin bersenam dan juga jaga pemakanan. Kalau tidak , hurm... memang teruk aku 'dikerjakannya' ! Dan perlu tahu , makin ramai 'pergi' sebab disebabkan pelbagai jenis penyakit yang kebanyakkan berpunca dari pemakanan dan juga kesihatan. Kalau dah jaga , tapi masih juga kena penyakit , tu tak boleh nak kata apa dah la kan ?
Ok... sekarang aku takda masalah dengan bab makan dan gym tu cuma sekarang masalah aku ialah nak mengawal makanan untuk kelihatan lebih anggun gitu ! Hahahaha.. Maka sebab itulah aku nak amik Bellos Fiber !
Di usia 40 an ni , ada satu je masalah bila bersenam. Payah lemak nak terbakar ! Kenapa ? Masalah metabolisma dah rendah ! Nah... jika nak turunkan berat badan serta nak kurus , metabolisma kena tinggi la kan ? Barulah lemak boleh terbakar gituuu !
Bellos Fiber adalah pilihan aku. Kenapa Bellos Fiber ??? Sebabnyaaaa... banyak ! Hehehe.. Banyak sebab aku nak amik Bellos Fiber. Antaranya ialah tidak ada bahan terlarang digunakan. Yang ni penting woo ! Kemudian , melawaskan sistem pencernaan. Jika tak lawas ( sembelit) , mood boleh hilang ! Satu hari mood teruk dan asyik nak marah jer. Jika lawas , senyum sentiasa. Hahahaha.. Dan badan pun ringan. Selain dari mood ok , toksin dalam badan pun dibuang melalui pelawasan yang baik dan tidur pun jadi lebih nyenyak dan segar di pagi hari.
BELLOS FIBER tu apa ?
Ianya minuman gabungan campuran buah-buahan dan sayur sayuran yang aku gemari sangat iaitu Nenas, Epal, Kiwi , Markisa , Lemon , Pir , Bayam , Timun dan Saderi. Nah , bila ada Saderi sah sah mereka yang ada darah tinggi sesuai sangat amik. Dan gabungan ni , mesti akan ada terasa cam payau kan ? Tak... Bila ada epal dan Lemon, rasanya akan jadi masam masam manis gituuu ! Sedap wooo..
Perhatikan bahagian Maklumat Pemakanan tu.. Tiada Gula. Penting juga tuu ! Bagus tiada gula tambahan. Dan Fat tu , jangan risau. Selagi bukan Fat dari haiwan , ok jer... Mudah dibakar gitu. Dan sila perhatikan bahagian amaran tu ! Jika korang sedang menyusu atau mengambil ubat ubatan, hamil atau ada alahan , sila tanya doktor anda dulu yer.. Sesuai atau tidak !
Nak minum dia mudah jer.. Amik satu sachet , koyakkan dan campurkan dalam air. Pastu goncang beberapa saat. Larut dah ! Pastu minum laaa.. Hahahaaaa.. Tu jer ! Best part ialah dalam bentuk sachet. Nah , ertinyaa... mudah dibawa travel ke sana sini ! Takda isu punyaa laa..
Rasanya ? Cam epal + lemon. Heheehe.. Sedap ! Sesuai sangat untuk ganti sarapan pagi dan makan malam. Aku nak test untuk sebulan. Apakah akan lean badan aku ? Huhuhu.. Tapi kena la bersenam kalau nak lean kan. Bukan minum je pastu leh sado ! Hahaha....
Mana nak beli ? Sila ke Watson atau Guardian yer..
Untuk maklumat lanjut :
Web : www.kitsui.com.my
Facebook : Kitsui Malaysia
Instagram : KitsuiMalaysia