Dari usia sehari hinggalah bertahun.. aku jaga mereka. Dari mula menangis hinggalah dah petah berkata kata , aku jaga mereka. Dari tak reti berjalan , dah boleh berlari. Pelbagai dah pengalaman aku rasa yang mana satu ketika dulu, aku takut nak hadapi..
" Boleh ke aku nak besarkan diorang ni ? Mampu ke ? Mana nak cari duit ? Nak beli itu ini nanti ? "
Sebelum berkahwin. Inilah perasaan aku. Tapi orang kata...kalau tak cuba tak tau , kan? Hahahaha.. Perkahwinan bukan untuk cuba try test tau ! Kau kena bersedia dari sudut fizikal dan mental. Bukan duit je kena bersedia. Kena bersedia yang kau bakal jadi suami , isteri. ibu dan ayah. Nah... satu tanggungjawab yang besar !
Tapi jangan risau.. Kau akan tau bila dah tiba masanya. Tak perlu rasa takut. Tak perlu risau. Hidup ni sementara. Kalau segalanya nak takut , lebih baik jangan hidup ! Kalau rasa nak selesa , lebih baik hidup sendirian.
Dan bila dah berkeluarga.. kena fokus ! Kalau tidak.. kau akan kata..
" Eh... dah besar anak anak aku ? Rasa cam sekejap jer.. Ari tu kecik jer.. sekarang dah besar ! "
Sebenarnya masa berlalu terlalu lama. Dari awal pagi hinggalah malam.. banyak kerja kena buat. Tapi kita rasa sekejap sebab kita 'skip' banyak perkara dan memilih untuk 'memudahkan'.. Maka sebab itulah kita tak rasa perjalanan kita terlalu lama , sebenarnya..
Qhaliff.. berbasikal beroda dua buat pertama kali. Si ayah mengajarnya berbasikal. Aku saja biarkan dia jatuh sesekali. Biar dia belajar kenal erti jatuh dan bangun semula. Biar dia belajar erti sakit. Aku terlalu 'protective' anak anak. Segalanya tak boleh ! Huhuh.. Bukan tak kasi tapi dalam keadaan sekarang , anak anak kita terdedah dengan banyak bahaya. Maka kena bersikap begitu.
Alhamdulillah.. Dia dah berani. Zahra dan Aariz bakal menyusul. Tapi berbasikal bukanlah sukan yang aku nak dia ceburi. Heheheh.. Terlalu berisiko buat masa sekarang. Bukan apa.. Di Malaysia ni, lebih baik bersukan untuk riadah dari jadikan karier. Walaupun ada yang jutawan tapi jumlahnya terlalu sedikit dan yang pasti,.. mereka tiada masa untuk diri mereka sendiri ! Neh... itu bukanlah matlamat kehidupan buat aku. Bagi aku la.. Orang lain , dia punya pendapat. Bagi aku, biarlah mereka berbakti pada negara dan masyarakat dari sudut ilmiah.
InshaAllah..