Secara jujurnya , aku antara insan yang terkesan dengan Covid-19 ni. Yang bekerja sendiri dan bekerja dengan syarikat swasta , juga menerima nasib yang sama. Tapi inilah ketentuan dariNya. Kita kena belajar menerima dan mengatur semula langkah kita. Jangan mengalah. Bagi yang masih ada pekerjaan. bersyukurlah dan bekerjalah dengan bersungguh-sungguh.
Peningkatan kes Covid 19 secara mendadak di seluruh selepas PRN di Sabah , mengundang caci maki dari rakyat Malaysia. Boleh tengok di Twitter dan Facebook. Rata rata menyalahkan ahli politik yang giler kuasa. Bermula dari yang merebut kuasa , melompat parti hinggalah yang yang sibuk nak pergi berkempen di sana.
Dan Ketua Pengarah Kesihatan , Dr. Hisham juga turut mereka salahkan. Kenapa tidak tegas dari awal lagi ? Huhuh.. Bagi mereka yang bekerja di sektor awam , mesti geleng kepala punya. Kenapa ? Sebab tau bila penjawat awam nak buat kerja sungguh sungguh, mereka 'terhalang' dengan perangai ahli ahli politik yang ada kuasa di dalam kementerian ! Inilah realiti dan masalah buat penjawat awam yang jujur dan amanah. Akhirnya ada yang pencen awal atau letak jawatan. Penat nak layan 'kebodohan' ahli ahli politik Malaysia ni.
Kesannya ? Nah.. kita nampak sekarang ni... makin ramai yang menganggur ! Bila keadaan kembali nak pulih , dah datang punya kluster baru yang mana boleh dielakkan dari awal lagi ! Ramai dah mula mengelabah. Kenapa ? Sebab moratorium pun dah tamat ! Hutang piutang perlu dijelaskan ! Mana nak cekau duit ?
Di Twitter,, aku baca bebeapa kes yang mana ada suami berpura pura keluar dari rumah. Pergi kerja macam biasa. Tapi di luar , dia tukar pakaian dan menjadi peragut ! Khabarnya kes hampir 200. Dah ditangkap polis katanya. Gitulah tekanan hidup. Jika bujang , tak pening kepala sangat melainkan dia memang banyak tanggungan. Yang bekeluarga ?
Bayangkan jika sekali lagi PKP ? Apa akan jadi ? Hurm... Tapi aku tak rasa akan ada PKP melainkan PKPD jer.. Tak boleh rentas daerah seperti mana yang berkuatkuasa di Sabah , semalam. Itulah yang terbaik.
Apa lagi nak kata ? Dek kerana arahan cam yoyo.. Yang balik dari luar negara , kena kuarantin di pusat. Yang balik dari Sabah , zon merah.. tak yah kuarantin ! Dah ada kes , baru kuar arahan.. kuarantin di rumah..itu pun ada ' jika' ...
Yang jadi mangsa.. rakyat jelata yang ikut SOP. Semoga Allah lindungi kita semua. Kalau ada vaksin , testlah dulu pada ahli politik.