"Bau apa ni ? Wanginyaaaa... " tanya Qhaliff.
Zahra berlari dari ruang tamu ke bilik tidur selepas terdengar abang dia berkata begitu. Dia memang penyibuk sikit. Apa yang cantik.. yang wangi.. dia memang teruja. Aku senyum je la lepas Qhaliff kata gitu.
Memang wangi pun ! Aku sendiri akui perfume yang baru aku terima ni , wangi. Memang kena sungguh dengan hidung aku. Dan menariknya , ada banyak jenis bauan untuk lelaki, perempuan dan juga unisex.. dengan harga setiap satunya di bawah RM100 jer ! Bayangkan kita yang jenis suka tukar tukar bauan tapi nak beli satu jenis pun dah mahal.. kan ? Maklumlah , nak guna satu jenis tu confirm bosan kan ? Segan pun satu hal. Takkan nak setiap masa satu perfume tu jer. Nak beli banyak banyak.. mahal ! Kan kan ?
Ok.. ni aku nak rekemen kat korang. Aku dah cuba.. aku dah try guna pakai termasuk ketika nak tidur, bangun tidur pun masih wangi.. gi gym , kasi berpeluh kaw kaw... bau peluh atau badan wangi gitu.. dan ketika keluar bertemu orang. Wangi senantiasa dengan harga mampu beli dan simpan tanpa rasa bersalah.
Beyond Scentz ... Yer , Beyond Scentz ni adalah minyak wangi keluaran tempatan dengan bauan mewah yang mana ramuannya dihasilkan di Eropah seperti bauan minyak wangi mewah yang mendapat pengiktirafan International Fragrance Association (IFRA). Sangat sesuai untuk golongan walaupun bauannya seperti minyak wangi mahal tetapi boleh dimiliki oleh semua orang. Senang cakap , harganya tak mahal mana pun ! Oh ya, orang Islam pun boleh guna juga yer.. Hee..
Dilancarkan pada Ogos 2020 oleh seorang yang berpengalaman dalam bidang penerbangan. Afiq Zulkaernaen Idris , telah bekerja keras bagi memastikan Beyond Scentz ni menepati semua piawaian standard antarabangsa agar semua orang mampu memiliki dengan rasa kepuasan !
Untuk pengetahuan korang , Beyond Scentz memang wangi ! Aku dah cuba dan jatuh cinta pun. Dah guna ke gym , keluar jalan jalan, tidur.. dan bau dia memang mengiurkan serta mendamaikan. Eh , ada banyak pilihan bau dan size kandungan. Ikut mana korang nak. Semuanya mudah dibawa travel atau bergerak ke sana sini. Comel comel je botolnya.
Antara pilihan yang ada ialah Sweet Roses, Sweet Fruity, Midnight Rose, Floral Bouquet, Aromatic Wood, Citrus Wood. Manakala untuk size pulak ada 3 jenis size . 10ml , 15 ml dan 30 ml. Menarik ? Kan kan ? Hahaha..
Kategori Beyond Scentz mengikut bauan dan jantina :
- Sweet Roses ( Perempuan )
- Sweet Fruity ( Perempuan )
- Midnight Rose ( Perempuan )
- Floral Bouquet ( Perempuan )
- Aromatic Wood ( Lelaki )
- Citrus Wood ( Lelaki )
- VIP ( Lelaki )
- Eternite ( Unisex )
Pendapat aku mengenai Beyond Scentz ? Aku dah try bauan lelaki. Aku suka bau wood ni lama dah ! Maka bau ni memang membuatkan aku relaks dan cool jer. Dan terasa kelakian di situ juga.. Haa, bila kat gym.. bau wood ni memang buat rakan rakan gym tak jeling pada aku. Hahaha.. Bau badan gitu ! Bila nak keluar , aku bawa sebotol. Bukan apa.. aku suka bau tu sendiri. Orang lain tu , aku tak kisah la bau ke tak tapi aku nak, aku sendiri bau ! Hahaha.. Bau terasa seksi gituuuu..
Pendapat wife mengenai Beyond Scentz ? Saya suka guna ketika lepas mandi selepas malam. Baunya begitu mendamaikan. Nak tidur pun , nyenyak. Segala stress akibat tekanan kerja. hilang begitu saja. Begitu juga bila guna Sweet Rose ketika ke pejabat. Staff yang terbau pun bertanya. Mampu tersenyum jer. Diorang ingat perfume mahal. Tanya beli mana.. Jawab je suami hadiahkan.
Oh ya , Beyond Scentz ni sangatlah sesuai dijadikan hadiah untuk mereka yang dikasihi. Haa... Contoh macam untuk Christmas , New Year , Birthday ke.. Aidilfitri pun boleh wooo ! Kan kan ? Cantik je cara bungkusannya.
Maklumat lanjut mengenai Beyond Scentz seperti harga , jenis jenis bauan serta size dengan lebih lengkap, korang dapati di laman web Beyond Scentz.
Nak tak kalau aku buat giveaway untuk korang ? Dapat apa ? Dapat perfume Beyond Scentz ni la... Amacam ? Kalau nak , mudah je caranya..
Ikut arahan ni :
- Komen di ruangan komen entri ni dan jawab mengapa korang nak perfume Beyond Scentz ni ?
- Share artikal ni di Facebook korang sendiri dan pastikan tag FB BeyondScentz2020.
- Pastikan ada hastag #BenAshaariBeyondScentzGiveaway untuk mengesan mereka yang menyertai Giveaway ni yer..
- Jika terpilih , korang perlu upload selfie bersama Beyond Scentz selepas menerimanya di Facebook korang sendiri. Ok ?
Jika korang sertai Giveaway ni, bermakna korang bersetuju eh ? Boleh ? Mudah je kann... Kalau tak ikut arahan , tak dapat tau ! Haaa... Jika terpilih nanti, aku pm korang sorang sorang. 10 orang bertuah akan terpilih. InshaAllah..