BEN ASHAARI





Gambar pertama tu, seluar Aprillia bersaiz 36 ni ketat ketika aku memakainya..satu  tika dulu ! Di bahagian peha tu memang ketat molek laa ! Kalau pakai nak gi travel, memang payah. Kenapa ? Nak solat jadi sendat ! Hahahaa.. maka boleh pakai ketika berjalan jalan seketika jer. 

Saiz seluar aku ketika tu, ialah 38 ! Dan sedang naik ke 40 ! Aku pelik.. serius pelik ! Kenapa boleh jadi macam tu sedangkan , setiap hari aku ke gym dan aku jaga makan. Hahahaha.. Jaga makan ? Aiseyman.. Part ni yang ramai dok laungkan tapi ternyata ramai silap cara.  Macam aku laaa..

Jadi bagaimana nak buat macam aku buat tu ? Sesungguhnya mudah cuma memerlukan kesungguhan dan konsisten dari kita saja. Hasilnya , memang menakjubkan. Bukan saja mampu hilangkan lemak di bahagian perut dan pinggang malah terasa badan lebih sihat dan segar ! 

Apakah tak perlu makan nasi putih ? Fuh... mampu ke ? Berapa lama ? Hahahaha.. Aku berjaya buat beratus hari tanpa makan nasi putih dan ianya memang berbaloi. Bukan saja lemak perut hilang tapi inflmasi pada badan aku pun ghaib ! Alhamdulillah..

Tapi aku percaya , ramai tak mampu buat macam aku buat. Bukanlah tak boleh tapi mengambil masa. Yer, aku dulu pun macam tu gak..Namun aku berjaya juga lakukan kerana aku tak larat nak sakit dan hampir nak bertambah penyakit dalam aku tak sedar ! 


Punya la susah nak turun , akhirnya berjaya juga ! 


Camana nak buat ? 

Segalanya bermula dari dapur. Mudah jer... Pertama sekali ,gi dapur. Tengok apa yang ada di dapur. Segala makanan proses seperti biskut , jajan... Jangan lagi makan ! Kemudian , makanan yang tinggi gula seperti chocolate ( kecuali dark choc ) , makanan segera macam Megi serta minuman seperti air gas , air bergula , jus sebagainya , jauhkan dari mata. Biarkan la hingga expired. Nak buang , korang mesti kata rugi. Jadi tengok je la yer. 

Jika korang berjaya lawan godaan di dapur , maka langkah kedua.. pastikan hanya makanan yang sebenarnya makanan perlu ada di dapur. Nasi putih ? Boleh makan cuma amiklah dalam kuantiti yang kecil seperti dua suap gitu setiap kali makan. 

Sikitnya ? Haa... telanlah seperiuk terus ! Tak yah dah baca entri ni. Teruskan membela lemak lemak tersebut. Semoga berbahagia ! 

Hak.. ok sambung. Aku lewatkan sarapan pagi . Makan selepas workout. Di pagi hari, selepas aku selesaikan urusan aku sebagai seorang suami dan ayah, aku bersenam dulu. Selepas bersenam, barulah aku makan makanan yang tinggi protein seperti telur dan sayur. 

Ini bermakna, aku guna dulu tenaga yang sedia ada dan juga membakar lemak lemak yang aku simpan berpuluh tahun lamanya. Bukan senang nak bakar lemak lemak tu. Mengambil masa berbulan bulan lamanya ! Jika kena caranya.. lebih cepat ! 

Yang ketiga... jangan makan lewat malam ! Paling lewat pun jam 8 malam. Tu sesuai untuk mereka yang berpuasa. Dan kalau boleh, janganlah amik nasi ketika ni. Bukan apa.. lepas korang makan nasi, mesti mengantuk kan ? Atau makanan yang tinggi karbohidrat... lain la  kalau nak ke gym pastu atau gi bersukan macam main futsal atau badminton. Kalau sekadar duduk rumah ???? Pergh.. sia sia jer bersenam pagi tadi. 

Kelebihan bila jaga diet pemakanan ? 

Dulu aku fokus pada senaman. Rupanya aku silap Sepatutnya fokus pada perut ! Kau jaga perut, inshAllah semua terjaga ! Kalau tak jaga perut , pelbagai penyakit akan singgah ! Bermula dari kembung perut , angin , pedih ulu hati pastu sakit kepala.. mudah migrain ! Bila yang kecil kecil dah membiak... bersedialah untuk gastrik , gerd , diabetis , buah pinggang , tekanan darah tinggi , jantung dan .. hurm... kanser ! Allahuakhbar... moga dijauhkan ! 

Aku ubah ! Tahun ni aku berjaya ubah selepas wife aku kena gastrik yang teruk. Dari situ aku banyak mengkaji dan dapati segalanya bermula dari tabiat pemakanan tidak sihat kami sekeluarga terutama ketika PKP lepas ! Maklumlah, duduk rumah jer... dua tahun kot ! Pergh... 




Kalau dapat berpuasa 2 kali seminggu , lagi cantik .Pastu banyakkan makan makanan tinggi protein dan fiber. Teringin nak makan makanan sedap ? Boleh jer... tapi pastikan dalam makanan tu tiada makanan yang boleh merosakkan badan korang . Maka sebelum nak makan... tanya dulu diri , " Berbaloi tak aku nak makan ni ? Kalau sekadar nak rasa sedap atau teringin tapi takda manfaat pada badan dan diri aku , mengapa perlu aku makan ? "

Satu perkara kena tahu... kesihatan di zaman ni mahal sangat ! Gi klinik demam batuk pun dah cecah RM60-70 ! Tu pun doktor tanya satu dua soalan tapi ada sentuhan rapi.. sekadar amik tekanan darah dan juga suhu ! Adeh.. 



 

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments



Fly High Training Centre rajin buat bengkel PKSK untuk anak anak cemerlang yang ingin melanjutkan pelajaran ke sekolah sekolah khusus di dalam negara seperti SBP, SMT, MTD, SMKA dan Kolej Vokasional oleh KPM. 

Tahun ni saja dah beberapa kali dan mendapat sambutan ramai ibu bapa. Menariknya setiap kali abis bengkel , ibu bapa akan bertanya lagi bilakah akan dibuat bengkel baru ? Ini kerana cara guru guru yang dijemput memberikan tunjuk ajar sangatlah berpengalaman dan mempunyai teknik serta tips yang mampu mengubah corak berfikir murid murid. 

Selepas abis bengkel , ibu bapa akan mendapatkan buku buku yang mengandungi contoh contoh soalan PKSK yang dijual oleh pihak Fly High Training Centre. Walaupun di bengkel tersebut diberikan panduan serta contoh contoh soalan namun mereka merasakan anak anak mereka perlukan lebih banyak latihan dan juga panduan. Ya... mereka inginkan yang terbaik untuk anak anak mereka. 

Anak aku sendiri , Qhaliff Iman yang sertai bengkel ini memberikan pada aku teknik yang diajar ketika bengkel ini sangat memberikan kesan pada dia walaupun dia baru di Tahun 5. Sejak sertai bengkel ni, cara dia  belajar secara online di rumah turut berubah. Matematik dan Bahasa Melayu yang sebelum ni dia lemah, dah diperbaiki dengan banyaknya.

Walaupun lama lagi , bagi aku pendedahan dari sekarang amatlah penting. Ilmu dan pengalaman buat dia. Persediaan demi masa hadapan. InshaAllah... yang baik baik untuk anak anak kita..  Oh ya, untuk bengkel bengkel akan datang... boleh tengok di Facebook Fly High Training Centre yer. Begitu juga dengan tawaran kelas kelas online dari Tahun 3 hingga ke SPM. 





 *KOMPILASI LEDAKAN PKSK DAN UJIAN SETARA* 

Fly High Education Centre bersama barisan *GURU PREMIUM & ELITE* menerbitkan 3 buah buku untuk persiapan pemantapan PKSK & UJIAN SETARA iaitu : 

BUKU 1: BAHAGIAN A

✅ Kecerdasan Insaniah & Keperibadian (EQ,SQ,SSQ)

BUKU 2: BAHAGIAN B

✅ Kecerdasan Intelek
✅ IQ, Pengetahuan Am
✅ Penyelesaian Masalah Sains & Math
✅ Penyoalan Bahasa Inggeris

BUKU 3: BAHAGIAN C

✅ Artikulasi Penulisan PKSK
✅ Literasi Penulisan UKKM
✅ Tatabahasa UKKM

Harga  :  RM39.90 SET LENGKAP* 

Nak ?? Whatsap : https://ledakanpksk.wasap.my/

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Bermula dengan Aariz Iman sebelum peperiksaan tengah tahun. Rasanya bulan lepas. Seminggu dia tak sihat. Alhamdulillah , demam tak tinggi tapi on off la gak panas badan dia tu. Namun dia tetap aktif masa tak sihat tu. Cuma masalahnya bila dah tak demam, dia akan batuk berkahak selama beberapa hari. Cuma bila gi swab test, dia positif Influenza ! Nasib baik paru paru dia sihat.

Bila dia dah nak sembuh , aku pulak kena. Nasib baik sehari dua je demam tapi terasa lemah abis la badan gak. Batuk , dalam dua hari gitu gak la. Aku guna remedi herba jer untuk hilangkan batuk. Sesekali telan ubat batuk anak. Alhamdulillah.. sesuai ngan aku. 

Pastu wife lak kena... dia yang biasanya kalau demam , akan sakit dalam seminggu , kali ni cuma sehari dua gak. Nasib baik kami sekeluarga dan henti makan makanan yang bikin keradangan dalam badan seperti gula putih , makanan segera seperti roti putih , biskut biskut dan jajan. Berbeza sebelum ni, memang parah la kalau jatuh sakit. Teruk sorang sorang. 

Selepas wife , giliran Zahra. Dia ni, aku dan wife risau sebab dia ada sejarah dengan paru paru. Kena bawa juga ke klinik untuk pemeriksaan. Alhamdulillah, tak teruk mana sakitnya. Cuma doktor kasi dia cuti dua hari untuk pastikan dia tidak menjangkiti rakan sebaya. 

Akhirnya.. insan yang jarang jatuh sakit dalam rumah. Dia lak tumbang, Demam tak tinggi tapi dia punya lembik tu lain macam. Demam kebah tapi batuk dia agak keras tapi tak berkahak. Masuk hari ni, 3 hari tak pergi sekolah. Risau gak kalau gi sekolah. Takut akfit sangat di kala dok batuk batuk gitu.. 

Tak pelah... tak gi sekolah bukan tak leh belajar kat rumah kan ? Kelas online tetap on ! Oh ya.. nasihat aku.. jika anak anak demam lebih dari 1 hari , gi la check doktor... swab test jika perlu. 

Kelas online di mana mana



Berkenaan kelas online ni, sejujurnya banyak sangat dah perubahan pada Qhaliff dan Zahra. Dari lemah Matematik dan Bahasa Melayu sebelum ni, mereka dah banyak baiki kelemahan yang ada. Manakala English , mata pelajaran yang mereka suka. Kacang je kata mereka. Aduh... terbalik sungguh la ngan aku dulu. Hahahaha.. Aku tak suka English dulu.. hahahaha.. walaupun suka layang citer omputeh. 

Untuk Qhaliff dan Zahra, kelas online mereka setiap malam. Tahun 5 dan 3.. semuanya untuk masa depan mereka sendiri. Bukanlah aku sasarkan kecemerlangan tapi nak mereka berilmu di dunia dan akhirnya. Cikgu yang ajar pun bukan sekadar fokus pada pelajaran saja.. mereka terapkan nilai nilai murni juga pada setiap pelajar. Alhamdulillah.. 



Guru Pakar dan Cemerlang Kpm

Berminat❓❓ : Wasap.my/60192662022 | Wasap.my/60126509622
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Lebih dari 4 hari dah berlaku pada aku. Cuma syukurlah takda kepedihan pada bahagian membuang tu. Punca ? Hurm.. aku tak pasti. Ada beberapa makanan yang aku ambil boleh dikatakan jadi punca kepada masalah aku tu.

Sebelum ni, pernah juga berlaku pada aku tapi sehari je dah ok selepas aku minum air Halia#1. Tapi kali ni, tak ok ok gak ! Cuma bezanya, setiap kali membuang tu, selesa sangat perut seolah olah banyak hampas dalam tu. Aku rasa pun memang banyak la gak sebab sebelum kena tu, tiap kali kentut, aku sendiri nak pitam bau ! Hahahaha... Memang perut pun sedikit membuncit. Banyak sangat makan makanan tinggi protein ! 

Alhamdulillah.. selera makan aku tetap ada. Takda demam atau muntah muntah. Cuma tu je la.. tiap kali makan, dalam setengah jam gitu dia akan mula memulas. Bila keluar , cecair je. Takda pepejal. Tu memang tak ok la. Makanan tak sempat diproses.. Huhuh..

Aku cuba beberapa petua untuk hilangkan cirit birit ni antaranya minum air teh pekat , air teh bunga , pisang dan air kelapa. Aku ingat nak gi farmasi je beli ubat atau ke kedai Acheh beli pil chi kit teck aun. Heee.. tapi terasa nak gi ke klinik untuk buat pemeriksaan dengan doktor sebab aku terasa kejang di bahagian perut. Tu pun wife paksa aku berkali kali.

Dan aku pun gi la ke klinik pagi Isnin.  Jumpa doktor dan dia cuma tanya dua soalan. Amik tekanan darah dan selesai. Adeh.. tu je ? Pastu dia bagitau ubat apa yang dia akan kasi. Aku pun angguk je la. Antara soalan , berak keluar darah ke tak ? Aku jawab takda. Kalau ada, memang aku ke hospital terus. Bahaya sangat dah tu ! 



Dia kasi dua jenis ubat. Satu makan sebelum makan.. satu lagi 2 jam selepas makan. Aku tak tau la ubat ni boleh beli di farmasi atau tidak. Cuma aku rasa kalau kat farmasi , mesti akan kasi sekali dengan ORS atau Oral Rehydration Salt (  satu campuran khas gula dan garam. Apabila ORS dilarutkan dalam air, larutan ORS yang terhasil amat senang diserap di dalam usus kecil, walaupun seseorang itu sedang mengalami cirit-birit yang teruk. Oleh itu, larutan ORS sangat berkesan untuk menggantikan air dan garam yang telah hilang dalam najis. )

Balik rumah.. aku terus makan ubat yang diberikan. 


 Alhamdulillah.. dua kali makan , aku takda dah rasa sakit perut setiap kali selepas makan. Malam pun tidur lena. tak perlu ke tandas ulang alik seperti dua tiga hari lepas. Aku timbang berat badan aku. Hilang 1 kg ! Huhuh.. tu la... nak kurus sangat ! Dah dapat pun berat ideal aku. 81kg sekarang ni. 

Nasihat aku.. kalau cirit birit lebih dari sehari tu, gi la dapatkan ubat kat farmasi atau jumpa doktor terus. Jangan biarkan melarat. Bukan apa... antara tanda tanda kita kena inflluenza atau Covid 19 , ni la dia.. cirit birit ! 

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Zaman ni , berbeza sangat dengan zaman aku dulu. Dulu, pagi pagi dah boleh bermain di luar rumah tanpa sebarang kerisauan.  Berbasikal , panjat bukit , masuk hutan dengan kawan kawan walhal usia baru berapa je masa tu. Segalanya aktiviti luar rumah.. tanpa ibu bapa ! Alhamdulillah, panjang umur dan tak pernah cedera. 

Sekarang , nak kasi main luar pun takut dah. Korang pun tahu apa maksud aku kan ? Jenayah mahupun pelbagai penyakit berjangkit yang mudah merebak semakin berleluasa. Ditambah lagi jika anak anak nak bermain di atas jalan bertar ? Pergh.. nak main basikal depan rumah pun kena jaga dengan tombak. Ada je manusia yang tak reti membawa kereta dengan cermat apatah lagi punya lesen ! Nayaaa je. Penguatkuasaan ? Tak cukup kaki tangan nak bendung masalah ni ditambah lagi akta yang perlu ditambahbaik.

Nak tak nak.. anak anak kita ni habiskan masa di dalam rumah je la. Duduk rumah nak buat apa ? Payah la diorang nak ngadap buku cerita macam kita dulu dulu. Yang ada pun ,segelintir jer.  Baca sekejap pastu dah.. boring ! 

Solusi ? Gajet ! Aduhh... nak tak nak , kena kasi gak sebab diorang pun belajar guna gajet seperti laptop dan telefon pintar. Sesekali main game dan layan Youtube. Tapi kita kena kawal masa penggunaan atau mereka bakal berkaca mata ! 



 


Solusinya.... buatkan cermin mata dengan kanta anti cahaya biru atau blue light ni. Bagaimana cermin mata anti cahaya biru  ni mampu membantu atau melindungi mata kita atau anak anak kita ? Lihat gambar dibawah ni..


Anak anak tak nak pakai cermin mata ? Nampak tak smart ? Huhuh.. Atau takut patah sebab mereka  tak reti nak jaga ? Jangan risau. Macam macam bingkai atau frame ada sekarang ni. Nak yang tahan lasak dan murah , ada je jual. Harga berpatutan. Kalau nak yang smart dan nampak bergaya pun ada. InshaAllah , diorang akan rajin pakai bila guna gajet .

Jangan tunggu dah rosak mata tu , baru nak buat... Ambil langkah dari sekarang... Aku dah tengok budak sekolah pakai kanta tebal di usia muda. Sian dia.. 



Info lanjut 

Alamat : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
Waktu Perniagaan: 11pagi - 9 malam ( Setiap Hari)
Instagram : Eyes Vision Group
Facebook : Eyes Vision Group
Whatsapp :  Mr. Jun ( 016 3636464 ) 




Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2023 (134)
    • ▼  Oktober 2023 (1)
      • Perhatikan anak anak anda.. kalau dia buat begini,...
    • ►  September 2023 (14)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (183)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (10)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4407)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (430)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes