Cirit birit , apakah petua atau ubat untuk sembuhkannya ?

by - Selasa, September 05, 2023

Lebih dari 4 hari dah berlaku pada aku. Cuma syukurlah takda kepedihan pada bahagian membuang tu. Punca ? Hurm.. aku tak pasti. Ada beberapa makanan yang aku ambil boleh dikatakan jadi punca kepada masalah aku tu.

Sebelum ni, pernah juga berlaku pada aku tapi sehari je dah ok selepas aku minum air Halia#1. Tapi kali ni, tak ok ok gak ! Cuma bezanya, setiap kali membuang tu, selesa sangat perut seolah olah banyak hampas dalam tu. Aku rasa pun memang banyak la gak sebab sebelum kena tu, tiap kali kentut, aku sendiri nak pitam bau ! Hahahaha... Memang perut pun sedikit membuncit. Banyak sangat makan makanan tinggi protein ! 

Alhamdulillah.. selera makan aku tetap ada. Takda demam atau muntah muntah. Cuma tu je la.. tiap kali makan, dalam setengah jam gitu dia akan mula memulas. Bila keluar , cecair je. Takda pepejal. Tu memang tak ok la. Makanan tak sempat diproses.. Huhuh..

Aku cuba beberapa petua untuk hilangkan cirit birit ni antaranya minum air teh pekat , air teh bunga , pisang dan air kelapa. Aku ingat nak gi farmasi je beli ubat atau ke kedai Acheh beli pil chi kit teck aun. Heee.. tapi terasa nak gi ke klinik untuk buat pemeriksaan dengan doktor sebab aku terasa kejang di bahagian perut. Tu pun wife paksa aku berkali kali.

Dan aku pun gi la ke klinik pagi Isnin.  Jumpa doktor dan dia cuma tanya dua soalan. Amik tekanan darah dan selesai. Adeh.. tu je ? Pastu dia bagitau ubat apa yang dia akan kasi. Aku pun angguk je la. Antara soalan , berak keluar darah ke tak ? Aku jawab takda. Kalau ada, memang aku ke hospital terus. Bahaya sangat dah tu ! 



Dia kasi dua jenis ubat. Satu makan sebelum makan.. satu lagi 2 jam selepas makan. Aku tak tau la ubat ni boleh beli di farmasi atau tidak. Cuma aku rasa kalau kat farmasi , mesti akan kasi sekali dengan ORS atau Oral Rehydration Salt (  satu campuran khas gula dan garam. Apabila ORS dilarutkan dalam air, larutan ORS yang terhasil amat senang diserap di dalam usus kecil, walaupun seseorang itu sedang mengalami cirit-birit yang teruk. Oleh itu, larutan ORS sangat berkesan untuk menggantikan air dan garam yang telah hilang dalam najis. )

Balik rumah.. aku terus makan ubat yang diberikan. 


 Alhamdulillah.. dua kali makan , aku takda dah rasa sakit perut setiap kali selepas makan. Malam pun tidur lena. tak perlu ke tandas ulang alik seperti dua tiga hari lepas. Aku timbang berat badan aku. Hilang 1 kg ! Huhuh.. tu la... nak kurus sangat ! Dah dapat pun berat ideal aku. 81kg sekarang ni. 

Nasihat aku.. kalau cirit birit lebih dari sehari tu, gi la dapatkan ubat kat farmasi atau jumpa doktor terus. Jangan biarkan melarat. Bukan apa... antara tanda tanda kita kena inflluenza atau Covid 19 , ni la dia.. cirit birit ! 

You May Also Like

2 comments

  1. fuh lama tu cirit birit. tapi kalau time teruk mana mungkin nak ke klinik. belum sampai klinik dah memulas perut. bab minum air teh pekat tu selalu juga buat.tapi tak jalan pun.

    BalasPadam