Hilangkan batuk anak anak selepas demam !

by - Isnin, September 18, 2023

Musim demam kata mereka. Kalau ada yang nak kata, ni punca dari vaksin.. maka aku nak kasi tahu, benda ni memang dah berlaku sebelum Covid 19 lagi ! Setiap minggu , mesti anak anak demam selsema punya ! Pastu batuk berpanjangan. Pelbagai ubat kasi dah. Ambil masa untuk reda. 

Punca payah nak reda batuk ni ada banyak. Gaya pemakanan mereka sebelum sakit selalunya jadi punca. Tinggi gula dan makanan yang tidak berkhasiat seperti makanan segera mahupun yang ultra proses ! Sian anak anak bila dengar mereka batuk terutama yang batuk kering tu. Kalau yang berkahak, kita kena ajar cara buang kahak. Tapi kalau kena kat anak bawah 5 tahun, jenuh juga nak ajar.

Antara cara yang aku gunakan ialah berikan air halia dan madu. Berkesan untuk redakan batuk tapi ambil masa untuk hilangkan. Tapi jenuhnya , anak anak tunggu aku buat baru diorang minum. Kalau aku terlupa , semua tak minum dan masalah kedua , bila dah buat , tunggu aku suruh baru nak minum. Kalau tak suruh ? Memasing kata lupa ! 

Baru baru ni, ternampak beberapa tips hilangkan batuk di media sosial. Mudah cuma malas nak buat. Dan teringatkan yang aku ada beli madu kelulut percuma bawang tunggal , aku pun buatlah. Rendam semalaman dan esoknya aku kasi sesudu pada anak anak. Aku pun amalkan juga. Alhamdulillah, serasi dengan mereka. Cuma rasanya agak keras sedikit je la.. Heee... 



Madu Kelulut dan bawang putih tunggal ni aku beli kat Tik Tok. Harga sekilo memang boleh menang besar juga pada pembeli. Banyak jimat. Boleh tahan 2 bulan jika cermat guna. Dan inshaAllah, banyak manfaatnya. Cuma anak anak mungkin tak beberapa tak suka sebab rasanya masam. Kita je la kena didik mereka. Jangan nak kasi yang manis jer. Huhu... 
 

You May Also Like

0 comments