Akhirnya , sekeluarga tumbang kerana demam !
Bermula dengan Aariz Iman sebelum peperiksaan tengah tahun. Rasanya bulan lepas. Seminggu dia tak sihat. Alhamdulillah , demam tak tinggi tapi on off la gak panas badan dia tu. Namun dia tetap aktif masa tak sihat tu. Cuma masalahnya bila dah tak demam, dia akan batuk berkahak selama beberapa hari. Cuma bila gi swab test, dia positif Influenza ! Nasib baik paru paru dia sihat.
Bila dia dah nak sembuh , aku pulak kena. Nasib baik sehari dua je demam tapi terasa lemah abis la badan gak. Batuk , dalam dua hari gitu gak la. Aku guna remedi herba jer untuk hilangkan batuk. Sesekali telan ubat batuk anak. Alhamdulillah.. sesuai ngan aku.
Pastu wife lak kena... dia yang biasanya kalau demam , akan sakit dalam seminggu , kali ni cuma sehari dua gak. Nasib baik kami sekeluarga dan henti makan makanan yang bikin keradangan dalam badan seperti gula putih , makanan segera seperti roti putih , biskut biskut dan jajan. Berbeza sebelum ni, memang parah la kalau jatuh sakit. Teruk sorang sorang.
Selepas wife , giliran Zahra. Dia ni, aku dan wife risau sebab dia ada sejarah dengan paru paru. Kena bawa juga ke klinik untuk pemeriksaan. Alhamdulillah, tak teruk mana sakitnya. Cuma doktor kasi dia cuti dua hari untuk pastikan dia tidak menjangkiti rakan sebaya.
Akhirnya.. insan yang jarang jatuh sakit dalam rumah. Dia lak tumbang, Demam tak tinggi tapi dia punya lembik tu lain macam. Demam kebah tapi batuk dia agak keras tapi tak berkahak. Masuk hari ni, 3 hari tak pergi sekolah. Risau gak kalau gi sekolah. Takut akfit sangat di kala dok batuk batuk gitu..
Tak pelah... tak gi sekolah bukan tak leh belajar kat rumah kan ? Kelas online tetap on ! Oh ya.. nasihat aku.. jika anak anak demam lebih dari 1 hari , gi la check doktor... swab test jika perlu.
Kelas online di mana mana
Berkenaan kelas online ni, sejujurnya banyak sangat dah perubahan pada Qhaliff dan Zahra. Dari lemah Matematik dan Bahasa Melayu sebelum ni, mereka dah banyak baiki kelemahan yang ada. Manakala English , mata pelajaran yang mereka suka. Kacang je kata mereka. Aduh... terbalik sungguh la ngan aku dulu. Hahahaha.. Aku tak suka English dulu.. hahahaha.. walaupun suka layang citer omputeh.
Untuk Qhaliff dan Zahra, kelas online mereka setiap malam. Tahun 5 dan 3.. semuanya untuk masa depan mereka sendiri. Bukanlah aku sasarkan kecemerlangan tapi nak mereka berilmu di dunia dan akhirnya. Cikgu yang ajar pun bukan sekadar fokus pada pelajaran saja.. mereka terapkan nilai nilai murni juga pada setiap pelajar. Alhamdulillah..
Guru Pakar dan Cemerlang Kpm
Berminat❓❓ : Wasap.my/60192662022 | Wasap.my/60126509622
3 comments
Tercari kelas tuisyen online untuk anak yang darjah 3 juga.
BalasPadamterbaik anak2 aben, jaga diri dan kesihatan
BalasPadamboleh Wasap.my/60126509622 saya ya Puan
Padam