Bro Khabib kasi tips camana nak urus anak !
Kenal Khabib Nurmagomedov ni ? Pergh.. dia lejen ! Kalau nak cerita , panjang nak kena copy paste. Nak aku buat kesimpulan , pendek lak. Hahaha.. Senang cakap , dia ni juara dunia dalam sukan seni mempertahankan diri campuran (MMA) dan bersara ketika berada di puncak.
Apa yang dia cakap dalam video tu , memang membuka mata ! Kata Khabib , ayahnya tak pernah beri masa terluang pada dia. Senantiasa dihabiskan masa dengan pelbagai aktiviti. Tidak mengalakkan sama sekali penggunaan telefon pintar.
Pagi hari , dah berlatih. Kemudian pergi sekolah. Balik sekolah , gi gym.. berlatih pastu buat kerja sekolah.. Dan jangan biarkan telefon mengajar anak anak kita. Katanya dan memang benarlah... kalau kita tengok zaman sekarang , anak anak jadi keras kepala , degil dan mudah memberontak sebab apa ? Bukan sebab diorang main phone tapi sebab mak ayah sibuk dengan telefon !
Masa anak anak kecil ni la kita abiskan masa dengan mereka. Jika tidak , mereka akan membesar dengan dunia mereka sendiri dengan merasakan tugas ayah ibu sekadar cari duit untuk makan minum mereka. Mereka merasakan dah boleh membesar sendiri dan tak perlu pun mak ayah ! Sebab tu mereka berani melawan dah. Mak ayah pun, tak lekang telefon di tangan. Sampai nak tidur pun , masih dok tengok ! Hurm...
Jangan sampai kejadian SAZALI berulang lagi...
0 comments