Apa nak buat kalau kena cekam kuku atau cagu ?

by - Jumaat, September 01, 2023



Kiri kanan dah kena ! Boleh nampak bekas parut pada belah kiri dan seminggu lepas tu, kanan lak kena. Punca ? Aku pun tak tau la.. Kuku aku naik dengan cepat. Tiap minggu potong. Mungkin kerana aku rajin amik protein , tu pasal kuku cepat tumbuh. 

Apa itu cekam kuku ?  Cekam ialah keadaan dimana kuku tersebut tumbuh ke dalam daging lembut, yang sepatutnya tumbuh di bahagian luarnya. Ia disebabkan oleh tekanan daripada tepi kuku yang tumbuh ke dalam kulit jari kaki atau tangan . Sekali tepi kuku masuk ke dalam kulit, ia mengakibatkan radang.

Ini bukan pertama aku kena. Kalau tak kaki , tangan ! Tapi bila dah kena.. perghh ! Memang aku buat operasi sendiri la. Dia punya feel bila dapat potong kuku yang mencengkam isi tu , tak dapat dibayangkan. Memang lega sangat sangat ! Hahaha.. 

Tapi yang merisaukan ialah.. dalam usia aku ni , ramai dah ada diabetis ! Kesannya , luka akan lambat sembuh dan mengakibatkan menanah seterusnya daging dijangkiti kuman dan.. hurm.. Parah ! Nasihat aku pada korang yang ada masalah dengan gula ni  , jumpalah doktor bila dah kena cekam kuku ni. Jangan memandai mandai. Bahaya. 

Dalam kes aku ni , Alhamdulillah.. Korang pun tahu yang aku jaga bab pemakanan ni walaupun aku rajin makan. Hee.. Oh ya, apa nak buat jika kena cekam kuku ? Pertama sekali , jangan panik. Kedua , boleh baca kat blog Hello Doktor ni. Dia dah terangkan apa kena buat. Jangan buat cam aku kalau tak pernah buat. Huhuh... 

Paling penting , elakkan gula putih dan juga minuman mahupun makanan yang tinggi gula. Ini untuk mengelakkan dari masalah keradangan ( kesakitan ) dan juga kesembuhan. Lambat sembuh , naya woo ! Lagi naya kalau tak sembuh luka tu ! 



Bagi korang yang ada masalah dengan gula , boleh amalkan HALIA#1

You May Also Like

2 comments

  1. Kuku cekam ni saya tengok sering terjadi dekat orang yang sama. Means kalau dia dah pernah kena, ada chance dia kena lagi. Mungkin sebab bentuk kuku yang tumbuh

    BalasPadam
  2. Ada orang kata, cekam ni terjadi sebab masa potong kuku tu, terlebih potong kuku yang belah tepi2 dekat dengan daging lembut tu. Tak tau la betul ke tak.

    BalasPadam