Jangan sesekali sentuh binatang ini kalau jumpa di tepi pantai !

by - Khamis, September 21, 2023




Aku baru tahu ! Tonton satu video mengenai satu binatang comel ala ala binatang Pokemon yamg bisa membuatkan kita ke wad ICU , membuka mata aku. Huih.. tak sangka ianya cuma sekecil lalat tapi amat merbahaya sekali. Namun ianya tak merbahaya jika tidak disentuh sama sekali. Mereka yang gatal tangan gi sentuh dengan bangganya, akan menyesal selepas itu. 

Apakah namanya ? Nama dia comel jer.. Blue Dragon.  Dari bacaan aku, Blue Dragon ni takda di pantai pantai Malaysia, Kebanyakkannya ianya membiak di Lautan Pacific , Atlantik dan Lautan Hindi. Blue Dragon ni spesis siput laut. Takda kaitan ngan siput babi atau siput sedut walaupun nama depan sama.  Dan ianya tidak bercengkerang ! 

Oh ya, dia tak mengigit tapi badannya akan mengeluarkan cecair kimia dan lendir bila terancam. Mereka yang terkena cecair ni akan alami rasa mual , muntah muntah dan sakit perut. Cenggitulah.. Jangan dimintak woooo ! Terus ke hospital bila dah rasa gitu.

Satu tips yang aku dapati dari video tu, jika kita berada di pantai... jangan sama sekali menyentuh apa saja binatang yang berwarna cerah dan terang. Biasanya ianya berbisa dan merbahaya buat manusia. Jadi , jangan la gatal gatal gi usik dan nak dibikin content Tik Tok ya ! Menyesal nanti haa.. 



You May Also Like

0 comments