Balik kampung - Part 2

by - Sabtu, September 19, 2009

Bertolak jam 12.15 dari Cheras .Setelah beraya ngan kedua orang tua dan adik perempuan ku barulah menuju ke Sentul untuk mengambil adik ipar untuk bersama sama pulang ke Kelantan.Setelah minta kebenaran keluar awal dr boss , ( email ? hehe...) aku keluar jam 11 dari opis.Singgah sebentar kat Mcdonalds Gombak untuk membeli bekalan berbuka.Manala tau kot jalan jammed kat area takde kedai makanan. Tak ke kes naya..Aku beli dua bijik burger bersama 20 ketul nugget..aku punya tu..tak leh usik...hahahaha...

Sepanjang perjalanan ke Bentong, tidak ada sebarang halangan.Semua ok je..Sewaktu aku menulis blog ini ( aku draftkan dulu dalam words ) jalan dah mula tersekat sekat..aku suspect ( huhu) ada kemalangan dihadapan ...aku rasa la...sebab nampak ambulans baru saja melepasi aku..Jam sekarang menunjukkan 2:45 petang.Masih lagi bergerak perlahan.Ditangan aku cukup dengan kamera digital , handycam dan laptop.Hahahaha...rasa cam wartawan lak..3:15 petang ...masih bergerak pelahan –lahan....kelihatan titisan-titisan hujan mula membasahi cermin depan kereta yang aku naiki.358 km lagi ke Kelantan ! 1km simpang ke Bukit Fraser...huhu...sambung tido pun sodap..Oh ya...adik ipar aku drive...aku duk belakang...Takde eksiden mahupun road block...tah apa kes sampai leh jammed pun tak tau ..Sepanjang perjalanan ada hujan , panas dan mendung..

Adik ipar aku bawak pun leh tahan mautnya.Abis suma keta nak dipotongnya.Double line , triple line ,line putus-putus ke..takde line , semua dibelasahnya ..aku yang dok belakang dok bz ngan mencari idea untuk update blogku sementara tunggu nak tukar turn. Mengikut perjanjian , aku drive malam sebab dia tak leh drive malam.Ikutkan aku pun tak leh sebab aku rabun silau..Tak leh nampak cahaya lampu keta. Kalau nampak , aku leh jadi hulk..acah je... mata aku jadi pedih n penat..terpaksa lawan mata tu . So sambil drive tu aku layan lagu yang boleh membuatkan aku hilang ngantuk..lagu-lagu dari kump MICHEAL LEARNS TO ROCK ..hhehehe..sayup jeee mata ku..Sampai kat satu tempat yang aku sendiri tak tau apa namanya , aku punya turn lak drive..adik ipar aku tu tak larat dah..hehehe..so aku drive dengan penuh machonya..Lagaknya rupe pelumba pelumba F1 ...hahaha..So aku drive la dengan kelajuan maksima yang boleh ...antara 50-80kmj..perghh...aku memerhatikan setiap kereta memotong aku dengan penuh egonya..

Aku geram..drop my water face man !! aku geram...geram segeram-geramnya..aku tambah kelajuan aku...81kmj !!!! haaa...baru lajuu skit ..kalau tak , aku leh kira berapa batang pokok setiap jalan yang aku lalui ..tapi bila drive kelajuan sedemikian rupa , aku jadi makin mengantuk...aku mengambil keputusan drastik !! aku tak kira...aku nak memecut..memotong setiap kereta yang lembab dihadapan ku! Aku menambah kelajuan aku ..diantara 80-100 kmj !! Aku tak kira dah..double line aku potong..kereta depan yg bertentangan pun nyaris nak aku cium...huhuhu..patutnya aku berlakun dalam cita BRAVEHEART jek...giler...tapi waktu tu aku mmg tak ingat ape dah...walaupun begitu aku tetap pentingkan keselamatan..lampu signal tetap diberi.Tali pinggang tetap ku pakai..yela yela..aku salah...hehehe..lain kali tak buat dah.Sampai kat kawasan rehat Gua Musang. Plan nak berbuka kat situ dengan melantak burger MCD.Ternampak satu mamat datang kearah aku dengan tersengih di wajahnya..

Huk aloh...ada gak mamat ni kat sini...Kawan sekolah aku dari darjah satu sampai la khatam sekolah ( form 5 ...dari sek rendah ke menengah , sekolah yang sama ..kelas yang sama akhirnya walaupun sebelum tu dia kelas pandai skit dari aku .Aku pandai gak sebenarnya Cuma aku tak nak tunjuk kepandaian aku pada orang lebih lagi pada cikgu-cikgu dan jua ibubapa ku.kalau aku tunjuk sahih diorng suh aku jadi angkasawan Malaysia yang pertama.Cita-cita aku masa tu nak jadi maradona Malaysia..hek hek hek...poyos tul mamat ni.. ) Berborak la seketika ngan member aku ni..dia ngan anak dia , dua orang..dua dua hero.Bersama mereka , isterinya yang mana orang Kelantan gak.Tinggal di Pasir Mas.Topik perbualan , bertanyakan khabar geng-geng lama . Biasanya tiap tahun mesti ada reunion berbuka puasa.Tapi tahun ni tak de lak..Aku rasa mesti sebab semua dah beranak pinak.nak datang kena bawak ‘pouch beg’ masing masing..mana bleh berlenggang..hahaha...Time berbuka dah tiba..Dia tapau KFC..huhu..

Aku pun g la cari port nak berbuka..Akhirnya dapat la gak..duduk tepi longkang..sooooo cuteeee...hahahah..gilos...ngan bau longkang secukup rasa , aku menikmati burger bersama-sama isteri n adik iparku..huhu..selesai bab tu...solat , jamak ke kat umah karang..
Diteruskan perjalanan yang dah masuk ari gelap...aku memandu mengikut suka tekak aku..tak larat nak drive sopan...tah bila nak sampai..rasanya sekarang pun tak sampai lagi kot..Ada la gak keta yang dipandu dengan penuh kesopanan . kira layak menang KERETA MELAYU ( gadis melayu ) . Tensen beb....

Akhirnya , aku tiba pukul 9:45 malam....perghhh..bertolak jam 12:15 malam , sampai 9:45 malam..cuba la korang kira...haa..aku malas nak kira..hahaha...Apa pun...alhamdulillah, syukur pada Allah atas perlindungan yang diberiNya sepanjang perjalanan mengerikan itu. Aku mengcall parents aku memberitahu bahawa aku telah tiba dan mengupdate fb memberi tahu ketibaan DYTAM tiba di Kelantan....Sekian perjalanan balik kampong ku...malam nanti akan aku karangkan SEMINGGU di Kelantan. Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa membaca tulisan aku yang tak seberapa...MAKASEEHHH

You May Also Like

4 comments

  1. kalau segala benda dah cukup ditangan, jgn lupa uploadkan gambar pulak ye...biar gambar yg bercerita....hehehehe....selamat hari raya...:)))...\m/....

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. SEMINGGU di Kelantan. Dokumentari yg besh!

    BalasPadam