Balik kg...woooo balik kg....

by - Jumaat, September 18, 2009

Tengahari karang ...mengikut perancangan ,akan aku dan wife aku tinggalkan bandaraya metropolitan yang sudah dikenali di mata dunia ini...KUALA LUMPUR BANDARAYA. Pergi menuju ke bandaraya yang agak jauh ketinggalan di Malaysia ini. Dulu , aku cukup takut dengan negeri KELANTAN ..

Dulu tu , zaman kejahilan aku la..Tak la kata sekarang ni aku dah tak jahil..still jahil..tapi berpengetahuan la jugak berbanding dulu..hehe..ok...tamo ngarut..Bila dengar je KELANTAN , aku terbayangkan sebuah bandar yang mana orang lelakinya senantiasa berketayap, berserban,berjubah manakala wanitanya dengan bertudung labuh , menutup muka dan banyak lagi la yang mengerikan aku..Teringatkan kisah-kisah sejarah Islam di zaman Nabi junjungan kita, Muhammad S.A.W , dengan hukuman-hukuman yang menakutkan seperti potong tangan,sebat,rejam dan sebagainya cukup membuatkan aku takut untuk mendekati mana mana gadis dari negeri Kelantan ini.Mana la tau mereka mengamalkan hudud.. Hehehe..walaupun cantik dan ayu , aku rela tengok mereka dari aku kena pakai serban satu hari nanti bila berkahwin dengan mereka..Tu baru orang-orangnya ..belum masuk lagi bab nak ke sana..Bila bertanyakan sahabat yang mana pernah pergi ke sana, mereka berkata , mmg jauh sangat .

Dengan jalanraya yang masih lagi 2 lorong , melalui jalan berbukit bukau lagi membuatkan aku tidak berminat pada gadis Kelantan. Bila bertanyakan kemudahan-kemudahan yang ada di sana , sangat membuatkan aku tidak mahu tinggalkan KUALA LUMPUR.

Tapi itu dulu !! Dulu yang penuh dengan kejahilan tentang dunia ini.
Bila aku mula menjejakkan kaki aku di kementerian yang sangat banyak berjalan-jalan dalam MALAYSIA ini , baru aku sedar...sesungguhnya bandar-bandar lain tidak jauh menariknya dari Kuala Lumpur malah lebih tenang. Sesekali amatlah seronok keluar dari bandar yang penuh dengan kebisingan tak kira siang malam.

Pertama kali aku jejakkan kaki aku di Kelantan ini , aku dah jatuh cinta.Rupa-rupanya negeri Kelantan ini amatlah menarik sekali..sangat menarik..Apa yang menarik , aku pun tak tau tapi menarik..hehehe..jangan pening yer...Orang-orangnya , aku tengok takde bezanya di Kuala Lumpur atau negeri-negeri lain .Sama jek..Aku takutkan bayang-bayang aku sendiri rupanya . Cuma aku terkilan tidak ada lebuhraya yang lengkap disini sebagaimana lebuhraya ke utara selatan.Kalau lah ada..aku rasa ,warga Kelantan yang ada di negeri-negeri lain pasti akan ulang-alik ke Kelantan tiap-tiap minggu.

Tentang bahasanya , aku rasa takde bezanya dengan loghat negeri lain..mmg susah nak paham tapi bila kita dah bergaul dengan mereka , lambat laun kita akan faham jua.Ada jugak aku pernah dengar , mereka berkata orang negeri Kelantan ini bersikap perkauman.Bagi aku, sama je...Tak kira dari negeri mana sekali pun , sahih mereka akan cari kumpulan mereka sendiri. Cuma orang Kelantan ini rasa mereka senang dengan kumpulan mereka sendiri sbb mudah nak berbicara dalam bahasa mereka. Tapi tak semua..Sama je semua..Sedar ngan tak sedar je orang yang bercakap tu..Aku sendiri dah berkawan ngan macam-macam orang dalam Malaysia ni....aku bukan jenis prejudis..aku berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa dan agama. Yang penting ikhlas dan tau menjaga hati kawannya.. Ada jugak aku dengar , orang Kelantan ni , skit skit nak balik kg...aku rasa...semua mcm tuuu...

Cuma Kelantan ni nak balik kg jauh skit...ala...kalau dah sayang , ikut je la..kalau dah tak suka, dekat pun rasa cam nak g matahari..kan kan..

Apa pun bagi aku , Kelantan adalah sebuah negeri dikalangan negeri-negeri terbaik di dalam Malaysia. Tak perlu risau bila ke sini. Cuma digalakkan gunalah kenderaan sendiri..senang nak berenti kat mana-mana.Shopping pun best wooo....Walau bagaimana pun , aku pasti merindui Kuala Lumpur nanti..rindu dengan hiruk pikuk kebisingan dan kesibukkan warga kotanya tak kira siang malam.

P/s : Aku dilahirkan di Kuala Lumpur dan berdarah Pulau Pinang. Bukan masuk bakul angkut sendiri yer....

You May Also Like

7 comments

  1. kelate mmg best pun.kwn2 ana sendiri pun mempunyai tanggapan sendiri mengenai kelate.bila dah datang dan kenal sendiri tempat ni barulah tahu bahawa hidup di kelate x sama mcm di kL =)

    BalasPadam
  2. Orang orang luar dari Kelantan sering membayangkan masyarakat di sini berketayap, berjubah labuh seperti yang di perkatakan. Dengan kenyataan itu lah yang membuat orang takut nak datang Kelantan. Padahal takde pape pun =)

    Makanan di Kelantan yang menjadi kegilaan pengunjung. Dengan kuih yang berwarna warni itulah memikat hati pengunjung =)

    Tentang perkauman, sesetengah pihak sahaja yang bersifat sedemikian. Mungkin seperti yang diperkatakan, berbual dengan loghat tersendiri lebih senang. hihi.

    Sekarang, Kelantan dekat mana?

    =)

    BalasPadam
  3. sokongggggggggggggggggg...

    kat kok lanas..hehehe..balik nak cari nasi kerabu...ayam panggang sodap woooooooo

    BalasPadam
  4. en ben.. kelentan besttt... ok2.. nak teruskan pembacaan lagi ni..

    BalasPadam
  5. I pernah pi kelantan skali je...
    peramah jgk org2 kt situ...
    maknan pun sedap2 tp ...... hehee... phm2 sendiri la... blh wat kencing manis gitu...

    BalasPadam
  6. kat kelantan lebih kurang kl jer.walaupun ertertaiment karaoke ke, wayang ke kurang, diorang tak kisah. majoriti sana guna astro. bnyak lagi hiburan selain bnda2 yg disenaraikan di atas.kalaulah buat semua pembangunan mcm kl, dah tak adalah kg.yg mn tinggal kt kl, kalu stres tk tau nk lari mn.kmpung gak kena cari...ahhaks

    BalasPadam
  7. saya dulu masa mula - mula dapat panggilan sambung belajar kat Terengganu pun pikir macam en. Ben pikir.hati dah cuak jer nak pi sambung belajar tapi terpaksa kental kan jugak jiwa nih...bile dah sampai sana..la...sama je macam orang kat semenanjung ni rupernyer...dalam pale punye la pikir yang diorang bertudung labuh semuanya.berkupiah segala bagai 24jam...tak pun...he3

    BalasPadam