Penjawat awam naik gaji lagi ! Tahniah ..

by - Khamis, November 01, 2012

 

Waah… Kecemerlangan KSN baru diteruskan lagi ! Baguslaahh .. Nampaknya khabar angin yang mengatakan Ketua Setiausaha Negara , Datuk Sri Dr Ali Hamsa jauh lebih bagus dari yang lama tu haa , ternyata benar sama sekali ! Tahniaahh !!

Menurut Berita Harian Online , kira-kira 1.4 juta kakitangan perkhidmatan awam dijangka menerima kenaikan gaji tahunan sehingga lima peratus mulai tahun depan.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata skim gaji kakitangan awam yang masih dalam kajian itu bakal merentasi semua peringkat. Proses penilaian semula skim gaji itu sudah bermula, namun penelitian secara mendalam hanya akan dilakukan tahun depan.

InsyaAllah .. Kalau ada rezeki , ada la kan .. Harapnya , blogger pasni pon leh naikkan gajinya .. hahahah .. Gaji blogger , ada la caranya ..

Pasni , penjawat awam yang tetap tu , terutama yang dok bagi alasan gaji kecik , maka keje pon kecik je harap lebih bersungguh-sungguh la yer .. Jangan datang , lepak .. main game .. layan internet sampai ke petang .. Bila suh buat kerja , muka cam dapat notis berenti kerja jer !  Berubahlah yer.. Tak nak , ramai lagi nak kerja. Berenti je kerja .. Balik kampung , jadi pengusaha taik mata ..

You May Also Like

11 comments

  1. Moga dengan kenaikan tu membuatkan mereka lebih bersemangat bekerja.. ;)

    BalasPadam
  2. oh, tahniah... bestnya kalau dapat nyelit keje kerajaan. Tapi susah, y betul2 ada rezki yang bertuah.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah sy sebagai penjawat awam sgt bersyukur. Kerja kena lebih gigih lagi maklumlah sebelum msuk gomen mmg sy kutuk habis sbbnye mls buat keje, mula2 mmg nmpk benar tp lme2 dh keje so far tanggapan tu terhakis sket. mujur pengalaman kt swasta bt sy lebih utamakan kerja & say no pd penagguhan keje :D

    BalasPadam
  4. syukur alhamdulillah. as a gomen, kita terima apa sahaja keputusan dengan ini.

    BalasPadam
  5. senang la nak paw mak abah tahun depan .. HAHA

    BalasPadam
  6. Assalam, betul tu Abg Ben... baik pi kampung jadi pengusaha taik mata... asyik tau merungut jer tapi usaha langsung tak ada... nak gaji besara kerja bagus2...

    BalasPadam
  7. menyesal tak berhenti kerja encik ben? :)

    BalasPadam
  8. seronok kan penjawat awam ni. harap dapat kerja dalam sektor kerajaan.

    BalasPadam
  9. Owh...tktau plak. En.hubby habaq pown. Alhamdulillah..

    BalasPadam
  10. swasta taknak naikkan ke? hehe.gaji naik beerti harga brg pun akan naik jgk nanti.huhuhuhu~

    BalasPadam