Susu Ibu.. Menyerah kalah sudah ?

by - Jumaat, November 16, 2012

 

Wife kecundang dah .. Apakah cukup 7 bulan menyusu dengan susu ibu saja pada Qhaliff ?

Sememangnya kepenatan mmg terpamer pada wife yang terbeban dengan kerja di pejabat , di rumah lagi yang mana Qhaliff cukup pantang nampak mak dia lalu jadilah dia seperti Spiderman ..

Bila dah gitu , hasil susu pon tak la banyak .. Sekali dapat , 2 botol .. Cukup untuk pagi dan petang kena usaha lain termasuklah lari balik rumah untuk bagi direct ..

Ditambah lagi dengan dah datang period yang mana katanya hasil pastinya semakin berkurangan .. Akhirnya semalam , terpaksalah beli backup susu formula untuk Qhaliff , setelah  bulan ..

Namun aku tak putus asa.. Segala macam dah bagi dan usaha .. Namun hasilnya masih di tahap mengecewakan.. Dan aku beli Hi Goat untuk dia minum setiap pagi dan malam ..

Camana aku leh terfikir Hi Goat ? Setiap kali dia makan daging kambing ,susu mmg keluar dengan banyak .. Haaa.. Jadi aku syorkan menda tu laa..

Alhamdulillah … Kembali banyak dan susu tepung tu , disimpan di tempat yang selamat ! Hehe..

You May Also Like

23 comments

  1. Bagus abg ben ni..menyokong fully bf ni...bagusnye kalau ramai yang ade kesedaran begini :)

    BalasPadam
  2. Sayang betul abg ben kat wife ya. Good2x!=)

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.. teruskan usaha.. ;)

    BalasPadam
  4. nampaknya sy pun nak kena cuba HI GOAt jugak ni.

    BalasPadam
  5. alhamdulillah...dah jumpa caranya...semoga lebih dipermudahkan...

    BalasPadam
  6. alhamdulillah... hi goat rupenyer... sy pun should try juga... lg 1 ... byk minum susu soya.... saya buat sendiri susu soya... coz nk tepati citarasa sy.....

    BalasPadam
  7. sayangnya, bby saya dh xleh bf. sempat 3 bulan je bf.

    BalasPadam
  8. wah terbaiklah.pe kata abg ben jadi ahli HR.nt len masa leh beli susu HiGoat ni lagi.lagipun solehah dah lme jd ahlinya

    BalasPadam
  9. kena banyakkan usaha lagi ye wife abg ben.. jangan putus asa.. Allah sentiasa memudahkan urusan yang baik....

    BalasPadam
  10. breastfeeding memang penat..saya pernah breastfeed dedua orang anak sekaligus..mmg ada masa rasa macam nak menangis..

    alhamdulillah ur wife punya production da ok semula..jgn putus asa..yang penting jangan stress.. nanti lagi susah nak maintain production..

    BalasPadam
  11. Yayyyyy respect la En Ben sgt ambil berat pasal ni and tak give up. Good job. Your support is the most important to your wife.

    BalasPadam
  12. Check out power pumping article at pa&ma mag dec 2012 edition

    BalasPadam
  13. time kasih bg tips susu Hi goat.. sy pun tercari-cari gak nak minum susu ape.. anak sy dah 11 bulan masih bf..

    BalasPadam
  14. btw, teringat nak share one tip for u and wife, try minum malt drinks, macam horlicks. Kat sini payah la nak carik susu kambing, so my fren suggest malta drinks, bagus.

    BalasPadam
  15. Lesu sebu tanda radangan..
    Tambah kuat makin selera..
    Susu ibu tiada tandingan..
    Menambah erat menjalin mesra..

    Lif tersekat nadi membara..
    Kebas ketar longlai suara..
    Qaliff sihat daddy gembira..
    Lekas besar pandai bicara..

    Kami menonton terkebil berdua..
    Hingga berketip terlekat suara..
    Kak Ummi berpantun sambil berdoa...
    Moga Qaliff sihat sejahtera..

    - from Mami Ummimanje ~_~

    BalasPadam
  16. salam en. ben..
    rsnya bila kita bkan menyusu full time iutlah yg jadinya..bekalan akan terputus jugak..sebab apa yg natural porses adalah penyusuan kerap...mcm umur qhalif, kalau nak breastfeed kurang2 3 jam sekali..kalau ttp camtuh..bekalan dgn sendirinya akan berterusan..makin byk kita bg, makin bg terhasil..kalau guna breast pump, rsnya kena pump setiap 3 jam ker..dgn itu produksi lebih stabil..ini dr pengalaman sbb sy breastfeed anak full time tak pernah guna petua apa pun sampai anak cukup umur 2 tahun alhamdulillah...

    BalasPadam
  17. puhhhhh..lega...igt kan dah surrender bg susu ibu..JANGANNNNN la bg susu formula lagi...teruskan ngan susu ibu tau...abg ben ni best la support penyusuan ibu...dulu merundum gak production..skrg dah ok ambik shaklee..nape la tak terpikir ambik higoat ni..abg ben napa lambat sgt wat entri ni..klu tak jimaaattt dah duit sy..:)

    BalasPadam
  18. bagus la dah nampak benda apa yang boleh bykkan susu..tahniah..

    BalasPadam
  19. Wanita bekerjaya yg nak fully bf anak dia mmg mencabar sket coz anak tidak 24jam dgn kita. Stimulate baby xde..Kita kena pump. Stimulate baby dgn pump x sama. Beza tau housewife n working mum punya production. Cuma bgth ur wife working mum ni kena bersabar n usaha selagi terdaya. Alhamdulillah..Saya baru 5hari lepas cukup menyusukan anak selama 2 tahun wlupun bekerja. Untuk anak 0-6bulan memang fully & exclusive susu ibu. Then lepas 6bulan kita dah boleh lega sket coz anak dah boleh mamam,so susu dah boleh kurangkan. Kalau dulu 4btol, sekarang 2btol+bubur. Nt anak setahun & dah ade gigi..Lagi senang, 1botol+nasi berkuah/sayur+cereal sperti koko krunch/honey star. Masa ni doc ckp kalsium diorang xsemestinya susu. Walaupun diorang minum susu ibu 1btol tapi kita kena bekalkan kalsium lain seperti yogurt/keju/biskut bersusu. So, kita masih beri susu ibu(No formula milk setakat ini) sampai 2tahun. Dah 2tahun, terpulang pada ibu bapa untuk teruskan penyusuan ibu ataupun nak beri susu formula. Masa ni kena discuss suami istri demi kebaikan anak2. So, my hubby suruh stop sebab dah lengkap penyusuan 2tahun. Kami decide nak continue susu untuk si kecil kami dengan susu kambing pula. Syukur Alhamdulillah pada ALLAH atas rezeki anak.. InsyaALLAh..rezeki Qhaliff pun ada. Saya doakan wife awak kuat & tabah sebagai ibu bekerjaya yg ingin breastfeed anak dia. Breastfeeding is sunnah..Chaiyokk..:)

    BalasPadam
  20. Salute dgn daddy ben...jarang ada suami yg menyokong SI. Thanks for sharing. Bley saya suggest ngan member soh beli hi-goat.

    BalasPadam
  21. saya dah setahun lebih susukan anak. Insyaallah kalau diberi peluang saya nak susukan marrisa selama 2 tahun.

    BalasPadam
  22. Bagus en. BA ni coz sokong 100% utk wifenya BF. Bersemangat wajanya saya bila membaca entry en. BA ni, hingga sy sharekan dlm blog saya. Thanks ya

    BalasPadam