“Abang , nak ikut.. “

 

Tunggu wife sampai rumah.. Lepas maghrib , aku plan nak keluar .. Pada awalnya aku ingat nak gi Alamanda. Nak layan movie. Kasi release tensen jap. Yelah , tak tengok dunia kooo.. Otak beku !

Tapi.. setelah seharian bersama anak anak , aku rasa aku tak patut tinggalkan Qhaliff di rumah. Sian dia. Dia pun reti bosan ! Hurm.. Zahra tak pe la.. Dia demam.. Hehehe.. Dia kalau nampak mak dia , senyum hilang pipi .. hahaha .. Dah la seharian tidur je dia..

Akhirnya ..

“ Qhaliff.. nak ikut daddy tak ? Cepat mandi.. “.

“ Abangggg.. nak ikut !! “. Jerit Qhaliff dengan nada manja. Cepat cepat dia pegang baju aku. Aku amik tuala , terus ke bilik air. Redha je dia. Kalau tak , mau berperang gak la ngan dia .. Hahahaa ..

image image

Ni la keje dia.. Seharian duduk rumah ngan aku.. samada dia layan telefon mainan dia atau dia mai kacau aku. Tapi dia dah tak macam dulu. Semakin boleh diharap. Dah boleh suruh buat itu ini terutama suruh jaga adik dia ! Jangan kasi gigit apa apa dan tengokkan adik dia jangan kasi turun katil ! Hehe.. Aku ngintai tengok apakah abang dia leh suruh atau tidak.. hahaha .. Tapi bila tv perpampang citer kartun feveret dia , abis lupa dunia ! Hahahaa..

Walaucamana pun , dia tetap panggil aku ‘Abang’ ! Grrr.. nasib baik tak Bhaiya !

Dan.. dia ikut aku ke rumah mak aku.. Saja gi lawat orang tua aku.. Sejam pon jadi la.. Dari melepak , baik tengok orang tua kan ?

5 ulasan:

  1. Abang! Hahahaa...
    Bebudak time umur gini mmg copycat semua benda yg kita buat dan.cakap ;)

    BalasPadam
  2. hehehe kekadang boleh tersenyum sendiri tengok telatah anak-anak..

    BalasPadam
  3. suka qhalif bleh pkai spek abah dia..

    BalasPadam
  4. haha..qhaliff nk bg abah die rse muda..tuh panggil abang...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.