Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 20 Januari 2015

Aku perlu lebih bersabar dengan Qhaliff !

 

Semakin banyak songeh , orang kata..Hurmm.. Wife kata sememangnya dia banyak ragam terutama selepas baik dari demam.. Yelah kot tapi kekadang aku perlu gak la keras supaya dia tau yang aku ni bukan sekadar agah !

image

Kekadang tindakan dia tu boleh merbahayakan nyawa dia sendiri atau orang lain terutama aku la.. ehehhe.. Contoh dia meronta ronta nak aku lepaskan dukungan aku ketika menaiki tangga ke bilik air ! Aku dah la fobia sekarang ni.. Takut jatuh je laa..

Hingga abis mandi , tak abis lagi dengan raungannya ! Dia mengantuk sebenarnya tapi tu laaa .. Wife suruh bersihkan badan dia .. Nak tak nak , aku kena la buat.. Kang tidur dengan berbadan kotor disebabkan bermain tanpa henti di sebuah restoran yang sedap untuk dilepak beramai ramai ! Heheheh ..

image

MZ Cafe yang terletak di Gate 1 Putrajaya. Dekat dengan fly over tu laaa .. Haa.. Situ laa ! Harga murah dan pantas ! Tu yang bagusnya.. Hehehe.. Disediakan juga tempat kanak kanak bermain. Di situlah Qhaliff bermain sepuas hati hinggalah bergaduh dengan kawan di situ.. hehehe.. Aku biar jer.. Biar dia belajar skit ..

Disebabkan penat campur mengantuk , dia buat pasal . Dan malangnya , dapat laa jentikan manja di telinga ! Tegur berkali kali , tak nak dengar ! Maka dapatlah habuannya.. Tak lama kemudian , dia tertidur di sisi mak dia ..

Dan aku ?? Hurm.. urut kembali telinga dia.. Sapu siki minyak .. Tak kuat pon .. sekadar gertak jer .. Hurmmm .. Kalau tak sekarang aku ajar gitu , nanti dah besar dia tak takut .. satu hal lak .. Hurmmm .. Kang ada jadi anakku Sazali lak.. Aku gak yang kenaaaa !

Nyesal ? Memang laa.. Mana ada bapak suka suka nak aniaya anak dia .. Iskhhhh… Amaran lisan dah bagi banyak kali.. Bagi lagi amaran bertulis.. Sebelum berlaku apa apa kemalangan , baik hindari .. kan ?

4 komen :

Mila Hilas berkata... [Reply to comment]

sm ngn sy, kalo ank x dgr kata, sy jentik je telinga dia..tp bukan kuat pon.kadang2 letak je kat tinge bkn jentik hehe

salmiah awang berkata... [Reply to comment]

dia dah nak belajar berdikarilah tu... bila umur dia meningkat, kita kena cuba belajar bagaimana kalau kita adalah dia,apakah yang kita mahu.Kadang-kadang, yakin dengan kebolehan anak tu perlu.janji kita kena pandai mulut manis sikit.Budak-budak memang suka dipuji.

tak salah jentik telinga sikit sebagai amaran kesalahan alert.lama-lama nanti dia akan dapat bezakan mana boleh dan mana tidak.

Zunainah Selamat berkata... [Reply to comment]

ooo restoran tu.. hampir nk singgah malam aritu.. tapi ghiso order lambat sampai sbb nk lepak umh tgk AJL.. mlm ni bole la g ziarah restoran nih.. hahah.. Anak nakal? atasi dengan berbelog dan luahkan perasaan.. mmg mujarab.

Zunainah Selamat berkata... [Reply to comment]

w

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI