Jika kita rasa kita ini malang ..
Aku baru pulang dari Hospital Kuala Lumpur. Gi ziarah pakcik aku yang akan pulang ke Pulau Pinang , esok hari untuk rawatan lanjut di sana ..
Ikut perancangan , aku akan turut serta pulang ke sana tapi wife tak dapat cuti. Terpaksa cover kawan dia yang amik cuti sakit selama 2 hari. Tak pe la.. takde rezeki nak balik kampung. Lama dah plan nak balik Pulau Pinang.. Hurmm..
Di Hospital Kuala Lumpur tadi.. ikutkan tak boleh masuk tapi adik perempuan aku yang pandai pujuk pengawal bertugas , berjaya membawa aku ziarah pakcik aku untuk kali ke 3 dalam satu minggu. Heee.. Yang ni kes emergency.. Nak tak nak , aku kena gi jugak .
Sampai je wad dia di tempatkan , aku nampak dia dok sibuk bersembang dengan seorang lagi pesakit.Nampak mesra jer dan gembira. Er.. apakah dia dah redha dengan takdirnya ? Hurmm..
Aku bersalaman dengan mereka. Kawan pakcik aku tu , aku tengok dia dalam keadaan yg cukup tidak sempurna. Kaki , tangan , buah pinggang malah matanya dah buta sebelah.. sebelah lagi hampir buta juga..
Lebih menyedihkan lagi , dia sebatang kara . Ada anak , anak jarang datang lawat. Isterinya ? Dah bercerai.. Tapi di raut wajahnya , dia tidak langsung nampak seperti putus asa ! Malah gembira bercerita mengenai kehidupan ini.
Antara nasihatnya pada pakcik aku.. Bersyukurlah kerana masih ada yang sayangkannya.. Hargailah.. Jangan sesekali sesali kehidupan ini dan juga apa yang telah menimpa dirinya. Segalanya adalah ujianNya.
Hurm.. dan pakcik aku juga akan dipotong kakinya jika tiada perubahan jua nanti ! Hurmm..
Oh ya.. pakcik tu , mengidap kencing manis dan pakcik aku tu , sakit saraf .. Semoga Allah permudahkan urusan mereka dan ampuni segala dosa mereka ..
8 comments
Amennnn.
BalasPadamsemoga di permudahkan semuanya... Amin Ya Robbal Alamin...
BalasPadamsemoga dipermudahkan urusan...
BalasPadamsentiasalah kita bersyukur dengan apa yag allah limpahkan kepada kita
Selalunya ada jugak yang merungut
BalasPadamDalam kita rasa kita ni sudah, sebenarnya ada lagi yg lebih susah dari kita kan.. Malu je bila selalu bersungut susah itu ini.. Semoga Allah permudahkan urusan pak cik² ni.. Amiinn
BalasPadamAllah syg mereka sgt sbb tu Allah bagi ujian kat mereka!
BalasPadamhospital memang tempat yang bagus untuk kita bermuhasabah, betapa banyaknya Nikmat Allah pada kita
BalasPadamIngat 5 perkara sebelum 5 perkara *insaf*
Sama2 mendoakan yg terbaik buat mereka..
BalasPadam