Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 20 Januari 2015

Membeli kenangan terindah !

 

Satu tika dulu , aku sering berkata pada kawan aku..

“ Untungnya kau dapat bekerja dalam kapal terbang ! Hari hari dapat sentuh badan kapal terbang ! Kalau aku laa.. Jadi tukang cuci kapal terbang pun dah bangga ! “.

Aku sememangnya teringin nak melihat ‘raksasa’ ini dari dekat ! Melihat ‘dia’ terbang tinggi ke udara dengan begitu gagah sekali.. Sungguh menghairahkan sama sekali ! Hahahaha ..

Impian aku , ingin melihat bagaimana kapal terbang ini dibina. Tapi aku tau , impian aku cumalah satu angan angan Mat Jenin ! Aku bukan bekerja dalam bidang penerbangan ni hingga dapat masuk ke kilang kapal terbang ! Sepatah haram tak tau langsung pasal kapal terbang.. hehehe ..

Tapi kita terlupaaa .. Kita terlupa segalanya adalah perancanganNya ! Jangan kita lupa tentang rezeki , jodoh dan ajal segalanya milikNya..

Sapa sangka ? Aku sendiri tak sangkaaa .. Air Asia telah menjadikan impian aku jadi satu kenyataan !! Aku tak pernah mimpikan sama sekali dan … aku sehingga sekarang masih tak percaya , aku telah menjejakkan kaki aku ke kilang kapal terbang yang terletaknya beribu ribu batu dari rumah aku !!

DSC_1317

DSC_1326

Nak berada di kawasan bawah ni pon sebenarnya tak boleh ! Hanya pekerja AirBus saja boleh berada di kawasan ni.. Tapi atas tiket vvip , aku dan rakan rakan dibawa berjalan di sekitar kilang AirBus yang sangat besar ni .. Perghhh.. Masih teringat di benak aku kenangan ni.. hehe ..

DSC_1338

DSC_1336

Dapat jugak pegang .. hahahaha .. Yessss !!

DSC_1328

Dan ini paling gempak ! Abis je lawatan ni , rombongan aku pulang ke tanah air dengan menaiki kapal terbang Air Asia yang paling baru.. kiranya bau kedai  laa dan kitorang la rasmikan ! Terus dari kilang dia yer ! Tak yah sibuk nak beratur bagai nak check tiket.. check passport gituu.. hehehe .. Best kan ?

DSC_1358DSC_1363

Kapal terbang ni meninggalkan sejuta kenangan terindah buat aku !

DSC_1392

Ok ok.. Ini point utama dia ! Jeng jeng jeng.. Kawan aku , Denzel Yap.. baru je beli model kapal terbang ni ! Haaa .. Apaa ?????  Huhhuhu.. Dia dah beli dahhhh .. Mana acii !

imageDSC_1353

Aku nak beli !!! Huhuhuh…

Sapa sangka kan ? Dengan menulis saja , impian selama ini telah menjadi kenyataan.. Tu belum lagi aku cerita part aku dah masuk dalam semua akhbar utama di negara ni dan juga beberapa majalah yang aku teringin sangat nak masuk.. hehehe .. Hanya dengan menulis !

Tak perlu malu dengan diri sendiri ! Alhamdulillah ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI