Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 20 Januari 2015

Sony Xperia Z3 best atau tidak ?

 

image

Sony Xperia Z3.. Lama dah aku idamkan Sony Xperia ni terutama selepas dapat tahu telefon pintar ni boleh masuk dalam air ! Salah satu ciri yang amat penting buat aku dalam mencari telefon pintar yang baru dan seterusnya adalah kelasakkannya ! Dua dua ni ada dalam Sony Xperia Z3 !

Aku ada Sony Xperia Z2 juga dan telefon tu dah aku berikan pada wife. Wife aku yang selama ini tak kisah langsung pasal gadget ni , terpaksa akui betapa Sony Xperia ni , mmg bagus untuk dimiliki ! Ternyata berbeza dengan telefon pintar yang dia guna sebelum ni.

Kamera.. Hurm.. Aku berpuashati sungguh dengan kamera Sony Xperia Z3 ni. Nak guna pon mudah. Ditambah lagi dengan aplikasi aplikasi yang menawan hati .. membuatkan aku tak sabar menanti kehadiran Sony Xperia Z4 lak ! Hehehehhe..

Hidup hanya sekali kan.. Maka carilah hobi yang best  dan berbaloi ! Berbaloi apa bila kita ada koleksi gambar yang cantik menawan dan kongsikan dengan rakan rakan ! Dengan Sony Xperia Z3 , upload gambar ke internet sememangnya amat pantas ! 4G la katakan.. Puashati !

Ada kawan tanya aku..

“ Ko punya Z3 ni mudah hang tak ? Sama cam telefon Android yang lain ? “.

Jawapan aku .. tak ! Setakat aku dah guna lebih sebulan , aku tak pernah punya masalah sistem operasi tersangkut ! Masalah kepanasan bila guna kamera atau GPS pon tiada lagi berbanding telefon pintar yang pernah aku guna sebelum ini ..

Charging bateri.. Hehehe.. Suka suka suka part ni ! Pantas beb ! Walaupun bateri dah tinggal 40% , dan kita nak guna handphone ni , secepat mungkin .. ianya akan charge dengan pantas sekali. Rasanya tak sampai 2 jam kot leh dapat 100%.

“ Bateri tak tahan 48 jam pon ?? “. Ada yang komen kat aku gitu. Yelah , kalau dah install macam macam dalam tu … memang la tak sampai 48 jam ! Kena check la apa aplikasi yang kita gunakan dalam tu.. Nak jimatkan bateri di kala terdesak , matikan mobile data , LTE , wifi , GPS dan sebagainya. InshaAllah lama ! Kena tau tips dan tricknya ..

Tonton video .. memang best ! Kualiti paparan sememangnya tip top ! Sebab tu aku yang selama ini tak sukakan Sony , dah jatuh cinta dengannya ! Tu belum masuk sistem bunyinya. Haaa.. Clear !

Ringan dan sangat selesa dipegang hinggakan Qhaliff sering berebut dengan aku telefon ni walhal aku dah bagi dia telefon pintar ..

image

Bila Sony Xperia Z3 ni bergabung dengan Sony Alpha 5100 , pastinya aku memiliki gambar gambar yang aku berpuashati punya la ! Yang bestnya , bila aku tranfer gambar dari kamera Alpha 5100 ni ke Xperia Z3 , laju giler ! Tau tau , dah selesai .. huhuuh.. Tak rugi aku ada dua dua ni ..

Harapan aku , Z4 nanti akan lebih power dari Z3 ni.. hehehe .. Tapi Z3 ni pon dah cukup bagus untuk dimiliki.. Harga ? Tengok kedai kot ? Heeee…

11 komen :

POJIEGRAPHY BLOG berkata... [Reply to comment]

Sony Alpha 5100 tu menarik la. Haih

ekjoz buluh berkata... [Reply to comment]

Nih yang buat berkobar-kobar rasa mau beli. Selalu bacdated sikit. Z3 keluar, baru pakai Z2. Nanti Z4 keluar, barulah pakai Z3 rasanya. Hihihi

jazzeyra aj berkata... [Reply to comment]

Saya rasa lg bagus dr samsung.. T__T

sudah berpindah ke z3 jugak versi Compact.. hehe..

Salam Ukhuwah abg ben

http://crocodillenest.blogspot.com/

Chubby Hanna berkata... [Reply to comment]

dalam wishlist 2015 huhu

MissNadia berkata... [Reply to comment]

nanti buat review hasil tangkap gambar guna Z3 ni. N memang suka tangkap gambar

Shark Kay berkata... [Reply to comment]

tiada lagi samsung selepas ini.
mcm dh jau ketinggalan samsung fon sekarang :)

Raihanah Ahmad berkata... [Reply to comment]

saya still suka samsung.. uhuk

khaty aiman berkata... [Reply to comment]

memang best Z3 nie,paling best camera dia,superberb la..

hani zaha berkata... [Reply to comment]

peminat sony experia z3 rupanya...sama la mcm asben saya...baby buat gigit2 pun x de hal...

JR berkata... [Reply to comment]

Saya sedang tunggu Asus Zenfone 2 yang dikatakan mempunyai ciri2 yg mengalahkan iPhone 6 Plus. Dengan Ram 4 gb, internal memory 64 gb, bateri 3,000 mAh dan kamera berkuasa tinggi dengan harga cuma RM1,200 (RM699 utk versi Ram 2 gb), memang ia pembelian yg berbaloi. Sayangnya ia belum berada di pasaran Malaysia, cuma akan masuk selepas Mac ini...

jeffry zebua berkata... [Reply to comment]

@JR
Sama, awak nak nunggu keberadaan Asus Zenfone 2 kalau tak, boleh juga Asus Zenfone Zoom sebagai gantinya.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI