Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 22 Januari 2015

Zaman kaset !

 

Kalau ada walkman , mmg terbaik ! Hahahaha.. Sah sah kena beli bateri setiap 2-3 hari sebab dok pusing layan kaset jer .. Kena pulak kalau walkman jenama Sony ! Perghhh.. Gempak abiss .. Member confirm terliur je tengok

image

image

Masih aku ingat lagi , album pertama yang aku beli ialah Mega Hit 1. Masa tu aku sekolah rendah lagi kot. Masa tu beli kat Jaya Juso Taman Maluri. Hehehehe..

image

Side A

1. Richard Marx-Right Here Waiting

2. Roxette-Dressed For Success

3. Paula Abdul-Cold Hearted

4. Kevin Paige-Don't Shout Me Out

5. Living In A Box-Room In Your Heart

 

Side B

1. Belinda Carlisle-Leave A Light On

2. Tina Turner-The Best

3. Soul II Soul feat Caron Wheeler-Back To Life

4. Sydney Youngblood-If Only I Could

5. Sonia-You'll Never Stop Me From Loving You

6. Brother Beyond-When Will I See You Again

 

Hurmm.. Minat lagi Richard Marx sebab petikan piano dia .. Huhuh.. Terus aku bercita cita nak jadi pemain piano. Tapi disebabkan aku benci tengok kod kod music , mana aku pendamkan je la minat aku tu.. Haahahha .. Pening aku tengok cacing cacing kerawit tuu.. hahaha..

Lupa lak.. aku tak pernah beli Walkman pon.. Semua aku kebas abang aku punya.. Hahahaa.. Kiranya aku curi curi pakai la.. Dia tau , dia marah la.. Tapi dia takat marah je la.. Takde la nak angkat tangan ke apa.. hehehe..

Album melayu pertama aku beli ? Hurmm.. Seingat aku Damasutra atau UG14.. heheheh.. Masa sekolah menengah .. Lepas pada tu , aku bijak dah.. Tak beli.. Rekod masa layan rancangan jiwang kat radio ! Hahahahah.. Rancangan yang bermadah pujangga gitu haaa.. hehehehe.. Jiwang karat aku dulu.. hee..

Sekarang ? Segalanya tinggal kenangan.. Tau tau umur dah nak cecah 40 tahun .. hurmm.. Muzik pun , aku layan lagu-lagu rock zaman aku membesar. Zaman sekarang ? Kau apa khabar.. kau apa khabarrr.. hahaha .. Belasah je la.. Asal leh goyang kepala dah laa..

Kesian kat artis kita je la.. Dulu album laku, kaya beb ! Sekarang , mana ada dah orang nak beli album. Semua pakat download jer.. Single album je gitu haa.. Huhuhuh…

Untung budak budak sekarang .. Layan lagu dari handphone mak ayah beli kan jer.. Tak beli , pakat ugut lari rumah atau malas belajar ! Perghhhh .. Kalau aku cakap gitu kat bapak aku , sah sah tong gas naik kat kepala aku .. Huhuh…

10 komen :

Eny Abdullah berkata... [Reply to comment]

Nostalgia betul!. dulu-dulu tgk walkman ni mmg terliur betul. Siapa yang ada mmg orang kaya lah masa tu... mmg paling cool lah masa tu... sekarang dh ada handphone boleh letak 200 mp3 pun malas nak dengar dah kan hahahahha

Yan Ty berkata... [Reply to comment]

Owh rindu nya zaman ni... guna pensel putar kalau stuck..

Wanie Masduki berkata... [Reply to comment]

haha..sama lah..kita dulu kecik2 curi2 dengar walkman ayah..lepas tu dok berebut dengan adik2..terus kantoi

Suria Lekatlekitgurl berkata... [Reply to comment]

memang rare la record lag dari radio. zaman dulu radio kalau main lagu sampai habis takde nak selingan suara2 ke hapa.. tp lepas tu sebab cetak rompak berleluasa depa terpaksa block lagu dengan selingan suara2 dj.. saya dulu suka dengar radio. zaman saya layan kru..hahaha

Permatabiru berkata... [Reply to comment]

sempat juga merasa kaset ni..hehe

Puan Mell berkata... [Reply to comment]

ada jual lg ke kaset? dulu2 zaman walkman. sy pn curi pkai kakak punya. masa tu suka dgr lgu saleem. hihi

Nurul Huda berkata... [Reply to comment]

Zaman dah berubah..

MommyLotte berkata... [Reply to comment]

Oh..klasik 80s! Lagu2 Richard Marx, Bee Gees, ngn Motown mmg biasa dgr lah ..walaupun kita lebih kepada 90s kids.hehe

Dunia Zumal berkata... [Reply to comment]

Teringat masa tu kumpul duit nak beli walkman... Fuh seksa ^-^

yoorin melacolea berkata... [Reply to comment]

sy pinjam makcik punya..huhu..pastu suka rekod suara sendiri acah2 wartawan.. hehe..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI