Alasan tol dinaikkan ?

by - Selasa, Oktober 13, 2015

 

Adoiyaiii ! Takkan nak suruh semua orang naik pengangkutan awam ? Kalau pengangkutan awam di negara kita ni setanding dengan negara seperti Jepun yang baru bari ni aku pergi , lain laaa.. Keretapi dia pon dah bertingkat tingkat ! Kita ?? Jangka masa setiap keretapi lak tak lama.. Kejap jer ! Kita ?? Bila rosak , nak repair .. berapa lama masa diambil ? Adoiyaiii…

Nak suruh naik teksi ? Hahahahaha .. Banyak kali teksi aku naik , aircond slow giler ! Berpeluh aku dalam tu.. Naik bas ? Rasanya dipenuhi dek orang kita ke orang ‘jemputan’ ? Haiyooo..

Aku rasa beginilah.. Apa kata semua menteri termasuk Perdana Menteri tercinta juga guna pengangkutan awam ! Tunjuk contoh pada rakyat supaya rakyat tak banyak bunyi dan seterusnya ikut usaha murni orang besar kita..

image

Atau dah tiba masa guna basikal ? Er, jerubu ??? Haihhh.. Segalanya mula naik di negara kita.. Nak tunggu turun ? Kiamat laaaa !  Pasni aku nak ke rumah mak aku pun dah kena pikir panjang.. Petrol satu hal.. Tol lagi ! Adoiyaiiiiii….

Lambat lagi nak pilihanraya…

You May Also Like

9 comments

  1. Tulah ben, adik saya pergi jepun kata pengangkutan awam kat sana memang best..Tak lambat pun, kalau apply kat malaysia ni berebut orang nak naik silap2 semua takmo naik kereta sendiri..Entahla malas nak fikir, saya emo mengenangkan kawan2 dan adik2 yg kat kl terlibat dengan kadar kenaikan tol..

    BalasPadam
  2. tu la...dari Tol Duta keluar Tol Bandar Baru dekat kg Fida pun dah RM 38.00..Kadang2 terpaksa guna tol Rawang Utara keluar Tol Taiping...dapat la save dlm belasan ringgit..sekarang nak balik kg pun..aduhai..rasa terseksa jiwa..nak guna Komuter..tapi komuter pulak..alah time tak kena ..tak mcm negara Jepun tu kan...agak2nya bilalah negara kita ni nak rupa mcm Jepun.Even Jepun tu buddha tapi segalanya tip top..

    BalasPadam
  3. Betul tu, menteri cakap bukan main. Naik pengangkutan awam la, apa la. Ada dari mereka yang langsung tak pernah naik. Di suruhnya kita ikat perut, mereka dok makan sedap-sedap.

    Semua naik, itu ini naik. Taraf hidup dok lagu tu juga. tapi saya pasti, pilihan raya pun tak akan mengubah apa-apa. Hmm

    BalasPadam
  4. lebih baik tangguh dulu kenaikan tu atau kaji dulu sedalam-dalamnya kerana rakyat sekarang telah dibebankan dengan pelbagai kenaikan....

    BalasPadam
  5. Mentimun..menggolek pun terluka..tergolek pun luka..lagilah digolek..hancur..durian juga menang..duri tu..

    BalasPadam
  6. betul habis semua naik..hhuhuh orang kaya makin kaya.. orang miskin makin miskin...

    BalasPadam
  7. Itulah nasib kita sebagai rakyat Malaysia..

    BalasPadam
  8. Itulah nasib kita sebagai rakyat Malaysia..

    BalasPadam