Antara bekerja dan melancong !

 

Trip ke Japan , Korea dan Paris yang pernah aku turut serta adalah trip ‘berkerja sambil mempromosi’ tempat tempat menarik. Best ? Best woooo ! Dapat ke sana sini dengan seronoknya..

Tapi.. tapi.. ingat ! Bila sebut je trip bekerja ni , hendaklah ikut jadual yang diberikan ! Jika pukul 8 berkumpul pastikan tepat pada masanya.. atau ??? Kita pasti akan dapat jelingan maut punya ! Tak kira la dari sapa pon.. team leader atau rakan lain ! Bukan apa.. jadual tu penting untuk elakkan orang yang dijanji itu tertunggu kita.. Amatlah penting untuk mengikuti masa yang dirancang.

Macam trip yang aku g kelmari.. fuhhhh ! Dasat ! Jari kaki aku abis lebam ! Ada yang tercabut kuku dah woooo ! Gara gara jalan laju dan mengejar masa !

image

Setiap destinasi ada masanya. Kena ikut jadual ! Terutama bila ‘bekerja’ dengan orang Jepun dan Korea ! Huhuhuh.. Dasat dasat..

image

Tapi segala kepenatan itu akan hilang bila kita sampai ke tempat yang dituju !

Trip yang begini tak boleh buat kepala sendiri ! Kena ikut jadual dan arahan.. Berbeza dengan melancong… sekati ko la nak buat apa pon haaaa !

4 ulasan:

  1. secara tak langsung mendisiplinkan diri..tepati masa..

    BalasPadam
  2. Kerja mana2 pun sama, kena displin..Tpi yang best kerja abg ben, bekerja sambil melancong..

    BalasPadam
  3. Betul sangat tu. Tak kira kerja apa pun, komitmen itu penting.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.