Dan GATSBY jadi pilihan aku..

 

Macam macam dah aku cuba gel rambut yang sesuai dengan aku. Hurmm… Kalau zaman usia 20 an ok la kan ? Dengan style pacak pacak gituu.. Tapi ni nak masuk dah 40 ! Fuhhh.. terasa tua dah ! Tapi muka tak gitu kan ? Muda je nampak ? Apakah rahsianya ??? Tu kena buat entri lain.. hehehe..

image

Aku tercari cari gel rambut yang sesuai dengan aku.. Brylcream ?? Oh noooo…noo ! Aku serik pakai ! Zaman sekolah dulu pakai , muka abis berminyak.. Berjerawat jadinya ! Hurmm..

Aku dah cuba bermacam macam dan akhirnya , aku mencuba sesuatu yang baru ! Masa tu di Korea , blogger BeautifulNara yang sebilik dengan aku membeli gel rambut yang aku tak pernah terpikir langsung nak pakai !  GATSBY !

image

Dan ianya amat sesuai sekali dengan aku. Nampak lebih kemas dan kacak ! Hahahaha..

Satu kesilapan aku , aku tak beli stok ! Bila dah abis , tercari cari aku kat sini… Payah jugak nak jumpa.. Hurmm..

image

Tengok gambar di atas.. Kan ? Nampak lebih sesuai dengan usia aku.. Nampak ‘jarang’ rambut aku kata mereka bila aku pakai gel rambut yang kelihatan basah dan melekit tu.. hurmm ..

Tapi bukan semua gel rambut Gatsby sesuai dengan aku. Hanya yang macam ‘cream’ je sesuai dengan aku. Dan aku jumpa akhirnya di AEON , semalam.. Memang best !

image

StylingClay tuuu.. tu je yang sesuai dengan aku .. Tapi harganya ? Perghhhh.. Kena berjimat jimat la pakai ! Bila gi event atau keluar dating ngan wife la kot sesuai pakai.. hehehe..

7 ulasan:

  1. Demi kemaslahatan rambut..hehe..

    BalasPadam
  2. hubby anim pun dok mencari minyak rambut jugak, sebelum ni pakai gel tapi dia membebel berminyak la, rambut tak menjadi la hahaha. Nanti nak suggest kat dia Gatsby ni ... mana tau pakai ni lagi segak! hehe

    BalasPadam
  3. Suami julia pun tak lut pakai brylcream, gatai kepala, now dia pakai apa lupa dah Gatsby pernah tgk nanti nak cuba hadiahkan kt suamilah gatsby hehhe

    BalasPadam
  4. Memang orang lelaki kena pilih minyak rambut yang sesuai dengan rambut masing-masing.Kita sama bro. Guba jenama Gatsby.Dulu dekat sekolah guna Tencho.

    BalasPadam
  5. Memang terpacaklah rambut Abang Ben pakai. Boleh suggest kat boyfriend nanti. Kalau pakai untuk diri sendiri lain pulak jadinya. Heheh.

    http://angellovesoldier.blogspot.my/

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009