Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 23 Oktober 2015

Meronda Bandar Osaka, Jepun !

 

Sambungan dari.. hehehe.. Dah baca cerita sebelum ni ? Kalau belum , sila baca entri Menginap di Kobe Bay Sheraton Hotel , Jepun. Tak baca , rugi ! Hehehe.. Mana tau laa kot kot nak g ke Osaka , satu hari nanti ! Haaa..

Ok.. Hari kedua di Osaka.. Satu jadual penuh dari pagi hingga ke malam.Dan menariknya , pengembaraan hari ni menggunakan keretapi sepenuhnya ! Dan ini kali pertama aku menggunakan keretapi di luar negara. Tak sempat merasa ketika di Paris dan Seoul. Kali ni , aku takkan persiakan peluang depan mata ni.. Eceh.. hehehe..

Ni tips ! Kalau nak jimat la kan.. Kalau dah tau mana nak pergi dengan menggunakan keretapi , aku syorkan guna Osaka Amazing Pass !

image

Kenapa kena guna Osaka Amazing Pass ni ? Hehehehe… Korang leh pergi lebih 28 tempat menarik di Osaka dengan menggunakan pas ni saja !

DSC02524DSC02526

Antaranya ialah Floating Garden Observatory , HEP FIVE Ferris Wheel , Osaka Science Museum , Natural Hot Spring Naniwa no Yu , Osaka Museum of Housing and Living ( ni best giler ) , Tombori River Cruis , Osaka Castle Museum dan banyak lagi !

Berapa harga pass ni ?

DSC02525

Ok.. Kalau korang menginap hotel di luar Osaka , maka kena beli tiket train dulu. Pass ni hanya sah digunakan dalam bandar Osaka saja.. Macam aku ari tu , menginap di Kobe. Maka kena amik train dulu untuk sampai ke Bandar Osaka. Tak jauh pon ..

DSC01906

Ok.. ni memang mencabar !  Nak guna train ni , memang kena baca map betul betul ! Kalau tau cakap Nippon , memang satu kelebihan sangat laaa ! Kalau tak tau .. hurm.. Guna je bahasa isyarat ! Heheheh.. Sebaiknya tau la basic bahasa mereka.. Mesti diorang lagi suka nak tolong..

DSC01911

Berdebar.. Tak sabar menanti apa yang sedang menunggu di Bandar Osaka.. Cuaca dingin tapi pastinya akan membuatkan peluh jantan membasahi dahi..

Destiasi pertama – UMEDA SKY BUILDING’S FLOATING GARDEN

Seingat aku 2 kali tukar keretapi baru sampai ke sini. Menariknya , segalanya berlaku di bawah tanah ! Perghhh.. Respek ! Hehehehe.. Tersusun dan bersih jer !

DSC01920

Berjalan kaki dalam 15 minit , baru sampai lokasi yang dituju..

DSC01927DSC01929

Sampai dah ! Huhuh..

DSC01931

Best ! Cuaca cantik. Mesti permandangan nanti menakjubkan ! Maklumlah , dah berminggu tengok jerebu di bandar tercinta ! Hurmm…

Tak ingat berapa tingkat.. rasanya lebih 30 tingkat la jugak ! Hehehe.. Gayat ? Rasanya tak dah kot.. hehehe.. Rugi la gayat…

Sampai je situ , rehat kat cafe dia dulu.. hilangkan penat dengan meneguk air kopi.. heee..

DSC01937

Dan akhirnya .. Jom naik atas !!

DSC01939DSC01948DSC01956

Berada kat atas ni dalam 15 minit sebelum meneruskan perjalanan.. Kitorang dibawa ke satu tempat yang terletak di bawah sekali bangunan ni. Tak sangka sama sekali ! Seperti wujud sebuah perkampungan Jepun lama .. huhuhu..

DSC01964DSC01961

Destinasi seterusnya ialah ke The Osaka Museum Of Housing and Living.

Ingatkan muzium biasa biasa jer.. Menariknya , museum ni terletak dalam bangunan jugak ! Nak ke sini , kena naik keretapi jugak .. seingat aku. Nasib baik ada pass tu.. Maka , tak perlu bayar apa apa dah..

DSC01972

Sampai kat tingkat atas.. kitorang dibawa ke satu bilik khas.. dan diminta buka kasut dan simpan barang barang dalam beg.. Hehehe.. Rupa-rupanya.. kena pakai ‘yugata’.. Bukan kimono yer.. heheh.. Ni namanya yugata.. dipakai ketika musim Autumn.. seingat aku laa.. Maaf kalau salah info yer..

DSC01973

Tu diaaa ! Hehehehe.. Pengalaman baru yang menarik ! Yugata ni boleh disewa yer.. Pastikan kalau korang sampai sini , sewa tauuu !

DSC01983

DSC01995

DSC02023

Berada dalam tempat ni seumpama berada seharian ! Dari subuh hingga ke subuh balik.. Siap ada hujan lagi ! Huhuhuh… Memang menarik tul diorang buat ..

DSC02027DSC01989 DSC01991DSC02013

Ok.. selesai bergambar dan beramah mesra di sini.. Hehehe.. Destinasi seterusnya ialah Osaka Castle , Tutenkaku Tower dan Tombori River Cruise.

DSC02073DSC02095DSC02101DSC02140

Fuh.. panjang entri ni kalau aku nak cerita semua ! Hahahaha.. maka aku ringkaskan la yer.. Hehehe.. Shopping dapat last minit jer.. Tu pon kedai dah banyak tutup. Agak kecewa sedikit la.. tapi apa nak buat.. Datang sini bukan untuk bershopping ! Datang sini utk bekerja yer … Heee..

Aku rasa kan.. kalau datang sini ketika musim Autumn , mesti cantik giler ! Mesti kamera aku tak cukup bateri dah ! Asyik dok amik gambar jer .. Huhuh..

Aku pasti akan kembali ! InshaAllah..

Habis naik boat kat Tombori River ni , kami semua kembali ke Hotel Sheraton Kobe. Kul 12 malam baru sampai bilik ! Fuhhhh.. Esoknya , nak balik dah Malaysia.. Sedih tapi gembira !

Terima kash Air Asia X atas peluang yang diberikan ni..

8 komen :

Puan Wawa berkata... [Reply to comment]

Bestnye abg ben..

Haffizul Iskandar berkata... [Reply to comment]

gambar berdiri dengan gadis jepun tu..

abg ben dah macam samurai jepun dolu-dolu..

hehehehe

irra yyan berkata... [Reply to comment]

nak g jugak jepun one day

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Tahap kebersihannya tu..patut dicontohi..

ordinary wawa berkata... [Reply to comment]

Banyaknya tempat menarik kat Osaka. Jadi teringin nak pergilah pulak. Mintak-mintaklah ada rezeki lebih. Heheh.

http://angellovesoldier.blogspot.my/

Hanim Hashim berkata... [Reply to comment]

cantik sangat pemandangan bandar Osaka! Bila la nak jejak kaki kat sana ni huhuhu ...

safurara berkata... [Reply to comment]

untung abg ben! bila lah sy nk pegi.hehehe

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

museum tu macam best lah

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI