Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 23 Januari 2017

MC lagi Qhaliff..

 

Entah tak tau apa ceritanya.. tau tau jam 4-5 pagi tadi , wife sibuk basahkan badan Qhaliff. Dia kata demam. Panas sangat badan dia. Aku tanya ubat dah kasi ke belum ? Dah katanya.. Tapi masih panas.. Teringat akan ubat bontot Zahra yang ada ari tu , aku gi amik dan sumbat ke bontot Qhaliff.. Pastu baru dapat tidur lena..

Pagi.. demam lagi dia. Terpaksa cuti la dia dari gi tadika. Sian dia.. Dalam sakit sakit , mintak toys yang dia nak sangat semalam. Takkan sebab toys kot dia demam ? Aku ‘terpaksa’ ikut kata pakar.. Jangan manjakan sangat anak ! Biar je anak melalak.. pujuk skit skit.. Jangan tewas ! Tak tewas pon tapi budak demam terus ! Hahahaha..

Tengahari , aku gi klinik ngan Qhaliff. Sebelum tu gi Pejabat Pos. Ada barang untuk aku ! Tak ingat barang apa.. Bila dah amik dan bukak , teringat akan susu kambing yang sedap , aku order ! Sampai dah !! Sedap susu kambing Vachoc ni. Zahra suka sangat. Aku pun suka layan sebelum tidur.. Bekalkan tenaga ..

image

Pastu gi klinik… satu perkara yang aku tak suka kat klinik ni ialah staff dia.. Aduh.. serius malas betul nak gi sini ! Tapi terpaksa sebab dekat ngan rumah. Ikut hati aku , nak gi je Klinik Azalea kat Putrajaya tu. Jauh skit tapi puashati ! Nasib baik doktor dia ok. Check seminit jer .. dah selesai !

Hahahaha.. Aku suka doktor cakap banyak . Banyak illmu leh dapat !

image

Bayar dan balik. Kasi ubat.. Zasss ! Lena dia tidur. Aku , sambung jaga dua orang lagi.. Huhuhuh..

8 komen :

YB Shehan berkata... [Reply to comment]

muka x larat tu. Auntie She pn nak bungkus dah ni.. nak demam jugak.. T_T

NURUL AQIDAH AZAHAR berkata... [Reply to comment]

smoga qhaliff cpt smbuh

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Moga cepat sihat ya Qhaliff..kesian dia..

Raihanah Ahmad berkata... [Reply to comment]

moga cepat sembuh qhaliff

ADEEYA berkata... [Reply to comment]

Kesian Qhaliff. Semoga cepat sembuh.

Radhia Razali berkata... [Reply to comment]

Muka tak sihat sangat..Semoga Qhaliff cepat sembuh..

Akif Imtiyaz berkata... [Reply to comment]

Alololo monyok jer muka banglong..moga lepas ni dah boleh g skolah ..

Dura Norell berkata... [Reply to comment]

Semoga cepat sembuh Abang Qhaliff..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI