Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 25 November 2016

Ke Klinik Maternity Azalea , Putrajaya

 

No no no.. bukan untuk check up pregnancy ! Aariz dah selamat keluar. Dah 80 hari tengok dunia. Alhamdulillah..

Gini ceritanya.. Qhaliff ada masalah kat bibir dia. Sebelum tu , aku kena ! Aku tak tau apa punca tapi aku bubuh losyen vitamin C jer.. Alhamdulillah.. Ok. Tapi bila Qhaliff kena , aku pelik. Apakah berjangkit penyakit ni ? Aku try bubuh Oral Aid tapi tak beberapa mujarab.

Aku ajak wife gi klinik. Dulu aku rajin gi klinik X sebab ubatnya serasi dengan Qhaliff dan Zahra tapi aku kurang gemar dengan staff di situ. Masam mencuka jer muka. Bayar kot datang sana. Bukan free..

Aku ajak wife gi Klinik Maternity Azalea memandangkan mereka pun dah ada rawatan untuk kanak kanak dan bayi. Berdasarkan pengalaman aku selama 8 bulan membawa wife check up di sana , aku berpuashati sangat la..

image

Hari ni aku nak try.. Apakah rawatan untuk kanak kanak sebagus untuk ibu mengandung ? Hurmm..

Selepas solat Jumaat , aku sekeluarga ke sana. Sampai je klinik , Qhaliff tergamam dan teruja. Satu pembaharuan yang ketara. Dia sendiri memuji klinik tu. Cantik dan dia suka , katanya ! Dalam bahasa Inggeris lak tu ! Adehh..

Selepas buat pendaftaran , menunggu la sebentar.. Sementara tu menunggu , Dr. Azalea datang menegur dan berbual. Yer, dialah yang memeriksa wife selama ni dan aku kagum dengan cara dia. Sangat lembut dan mesra layanannya. Korang yang sedang mengandung tu , aku galakkan ke sini la.. Confirm selesa.

Cuma akan ada satu part jer yang aku rasa korang akan agak garu kepala iaitu masa menunggu dipanggil untuk rawatan.  Agak lama menunggu tapi bagi aku itu lebih baik dari cepat jer ! Berdasarkan pengalaman aku la ke klinik swasta ni.. Asal masuk je jumpa doktor , tak sampai 5 minit dah selesai dan tak puashati ! Anak kita  diperiksa ala kadar. Bayaran termasuk sekali ngan kaunseling. Adehhh..

Tetapi di sini.. berbeza sama sekali.. Anak kita diambil berat dan tinggi serta tekanan darah terlebih dahulu. Doktor pun akan bertanya latar belakang jika kita pertama kali ke sana mendapatkan rawatan untuk mengelakkan dari berlakunya masalah di kemudian hari… contoh alergik terhadap ubatan.

image image

Bila tiba masa jumpa doktor , baru tau mengapa dan mengapa agak lama menunggu tu! Doktor teliti dalam memberikan rawatan pada setiap pesakitnya ! Bukan main belasah je pastu beri ubat.. Ubat pon beri atas permintaan pesakit ! Tapi di sini tidak.. dia berikan pendapat terlebih dahulu dan ubatan yang bersesuaian dengannya. Itu lebih baik , kan ?

Nak yang terbaik , kena la bersabar.. kan ? Dan inshaAllah akan berpuashati..

Berbalik pada Qhaliff dan Zahra.. Aku dah tau apa punca sakit kedua dua anak aku tu. Hurmmm.. Jika sakitnya belum reda , dia nasihatkan datang kembali ke klinik dan diberi ubat lain.

InshaAllah.. Keselesaan adalah keutamaan aku dan rawatan terbaik adalah untuk anak anak.. kan kan ? Hee.. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , korang leh call 03-889 31890  atau 03-889 31891.

Oh ya.. untuk wanita wanita yang punya masalah sakit wanita pun di sini menyediakan rawatan yer.. Doktor perempuan gak check .. heee..

Boleh check IG mereka di Azalea_Maternity_Putrajaya atau di facebook , Azalea Maternity.

1 komen :

Nadia Johari berkata... [Reply to comment]

sebab ape puncanya bibir diaorang??

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI