'Bazar Buka Puasa' di The Settlement Hotel , Melaka.

Ramadan menghampiri. Tercari sedikit kelainan untuk berbuka puasa bersama rakan rakan atau keluarga nanti ? Ok.. sila favouritekan entri blog aku ni ! Hehehehe.. Kenapa ? Sebabnya korang patut cuba berbuka di sini nanti. 
Aku dah rasa makanan di sini. Maka sebab tu aku syorkan kat korang.. 

The Settlement Hotel , Melaka bakal memeriahkan Ramadan nanti dengan menyediakan pelbagai juadah istimewa ala kampung dan juga antarabangsa. Dengan harga RM68++ untuk dewasa dan kanak-kanak serta warga tua  , RM40 .. korang akan menikmati pelbagai juadah istimewa yang bakal memuaskan hati punyalah ! 
Antaranya ialah Udang Lemak Nenas Nyonya , Daging Kawah Utara , Daging Salai Masak Lemak Cili APi Mangga Muda , Lala Kam Yeong , Ayam Percik , Ikan Jelawat Tempoyak , Char Kuey Teow , Nyonya Asam Pedas , Ketupat dan Lemang. 



Pastinya 'Bazar Buka Puasa' akan lebih kelihatan meriah dengan adanya gerai gerai makanan yang menyelerakan seperti Pangggang Ala Settlement , Pak Isa Roti John , Laksa Jonker Baba Nyoya , Bincang Petang Goreng-Goreng dan Sup Korner Ujong Pasir. Dan pelbagai manisan seperti Sago Gula Melaka , Bubur Jagung , Leng Chee Kang , Bubur Pulut Hitam dan lain-lain. 
Menyelerakan sama sekali ! 



Dah kenyang.. tak nak balik rumah ? Hahahahaha.. Aku tau.. meh aku cadangkan.. Amik la bilik semalam dua kat sini.. Ada 5 jenis bilik kat sini bermula sekitar RM580 hingga ke  RM880. Macam aku tengah nginap sekarang ni , Junior Suite.. RM680. Memang puashati la sangat ! 
Amacam ? 



Pastu nak sahur.. leh pusing kat bandar Melaka cari makanan.. macam macam ada ! Baru best , kan ? Masjid pon ada banyak untuk solat subuh nanti.. Kan kan ? Baru la lain skit gaya gini.. Ala ala gaya pelancong la gitu.. hahahaha.. 
Ok... kalau nak tau dengan lebih lanjut , boleh hubungi terus  :
Tina : 012 356 1448 atau +06 292 1133
Web :  www.thesettlementhotel.com
Email :  reservation@thesettlementhotel.com
FB : www.facebook.com/TheSettlementHotel
Instagram: www.instagram.com/the_settlement_hotel

Jangan tunggu lagi.. Buat tempahan sekarang !

*Sila follow media sosial The Settlement Hotel dan web utk tidak terlepas tawarsn hebat mereka. 

12 ulasan:

  1. udang goreng yang ada petai tu sedapnyaaaaa lahai

    BalasPadam
  2. Menariknya tengok petai bersama udang tu.. Huhuhu.. Sekali sekali boleh singgah rasa ni... Hihihi

    BalasPadam
  3. Sodap2 betul menu nya 👍👍👍

    BalasPadam
  4. Agak murah tuu harga promotion berbuka puasa

    BalasPadam
  5. Berpatutan harga buffet Ramadhan dia
    Bilik hotel dia lawa!

    BalasPadam
  6. Wah gambar menggamit sungguh.. Yg paling win bath tub tu.. Cm best nyaaaa...

    BalasPadam
  7. mewah betul.... first time tahu ada bazar dalam hotel :D

    BalasPadam
  8. Sedap tengok udang tuuuu 😂😂

    BalasPadam
  9. Menarik gak idea ni, pi bukak posa pastu tidoq situ teruih. Feeling pelancong hehe

    BalasPadam
  10. bestnya... sukanya sofa dia.

    BalasPadam
  11. Fuhhh menyelerakan juadah dia, harga pun taklah mahal sangat.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI