Bila dah berjaya , JANGAN SOMBONG !

Baca kisah Ujang , kartunis yang aku amat hormati dari sekolah menengah hinggalah sekarang , membuatkan aku geleng kepala sendirian. Dulu aku pernah cerita pada rakan rakan aku tapi mereka kurang yakin.. nasib baiklah aku ada 'saksi' masa tu... rakan rakan blogger yang turut sama 'meeting' dengan mereka.. Hurmm..
Maaf.. aku bukan berdengki dengan mereka. Kejayaan mereka ada sejarah disebaliknya. Bukan sekali dua aku dengar sebelum tu... sehinggalah aku sendiri mengalaminya ditambah cerita seorang lagi rakan blogger yang join team #KBBA9 , menguatkan lagi kisah hampeh diorang. Diorang tu bukan merujuk pada staff mereka yer.. 

Perghh.. Ujang siap merayu tuuu.. Aduh ! Sampai tahap gitu.. Hurmm.. sedih aku membacanya. Sampai gitu sekali tahap kesombongan mereka. Teringat ada sekali tuuu... Ada la gak berkaitan dengan UPIN IPIN. Masa 'meeting' dengan 'diorang ' tu pon memang nampak sangat dah sombong . Bangga tul dia dengan page FB yang berjuta juta LIKE tuu.Huhhu.. Sengih je la nokkkk ! Nak kata apa kan ? Malas nak bertekak..
Pengajaran.. jangan sombong bila dah berjaya dan jangan kedekut ! Ni gi restoran dia pun hampeh ! Sampai bungkus !! Aparaaaa.. Nak bisnis tapi kedekut ! Nak kaya sangat eh ??? Nak kaya sangat , banyakkan menderma.. Jangan kedekut dengan staff.. Tu cara nak kaya dan kaya lagi ! 

2 ulasan:

  1. Hurmmm ginilah sikap orang bodoh sombong, dah berjaya berlagak! Tapi tak sedar kejayaan dia tu atas usaha orang lain yang banyak tolong.

    BalasPadam
  2. Saya pun membesar dengan kartun Atuk, Aku Budak Minang dan Aca.
    Seingat saya kartunis Ujang yang mula2 cipta watak Din beramboi tahun 1990an dulu semasa beliau bersama GG. Kemudian beliau bawa watak tu ke majalah Ujang bersama Karisma SDN BHD. kemudian timbul kartun Usop Sontorian.
    Tapi sayang, Ujang terkena.... the rest is a history..
    Sehingga kini Ujang masih tak bangkit-bangkit lagi searas dengan kejayaan beliau dulu.. Moga beliau dikurniakan rezeki yang melimpah.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI