Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 21 Mei 2017

Boleh pakai ke tak ni 'beg plastik' di Melaka ?

Awal pagi semalam.. Awal tu tak la awal pon. Dah kul 11 pagi. Aku tidur balik lepas subuh sebab ngantuk sangat.. malam tak berapa dapat nak tidur sebab Zahra tak tidur. Demam dia. Hurm.. tu entri lain nanti yer.. 
Aku turun dengan Qhaliff , g cari makan. Hurmm.. Berjalan la kat deretan kedai. Disapa mesra oleh dua pakcik yang duduk depan dobi. Orang gini patut letak di tempat tumpuan pelancongan. Bagi elaun bulanan sebab mulut ramah disebabkan mulut ramah dia ni !! Berbaloi... sejuk hati pelancong.
Berjalan.. cari kedai makan.. Jumpa satu jer.. Tu pun kedai mamak. Ok la... janji ada ! Order nasi lemk dan mee goreng. 
Siap ! Dia kasi.. dalam plastik ! Aku tak perasan lagi bab ni. Kemudian aku masuk 7 Eleven. Qhaliff nak air.. aku tau , dia bukan nak air sangat pon ! Ada la tu nak usha mainan dalam tu nanti. Hurmmm... jangan terkena dah ! 
Dalam 7 Eleven.. aku cari roti... air untuk Qhaliff dan Zahra. Aku letak di kaunter. Dia bagitau jumlah yang perlu dibayar. Aku pun bayar je la.. Dan di sini bermulanya sakit hati aku ! 
" Plastik ? " . Tanya aku. 
Dia tunjuk tag dia pakai.. Aku tergamam tengok ! Lebih kurang tulis gini laa.. " Tiada Plastik". Aku tak beberapa ingat. Tak sempat nak amik gambar lak ! Adehhh.. Awalnya aku ingat dia punya kad pengenalan kerja dia ke apa.. tu aku tak amik tau nak baca ! Rupanya nak kasi tau dalam tu tak sediakan plastik ! Hurmmm..
" Dah tu saya nak bawa ni camana ? ".Tanya aku. Dia senyum jer. Dia kata Melaka memang kasi guna plastik lama dah. Yang aku bawak makanan yang dibeli tu kalau Majlis Perbandaran nampak , aku kena saman ! Hek lerrrrrr ! Giler apa kot ???? Ingat aku orang tempatan ke nak main saman tanpa ada sebarang amaran bertulis kat mana mana kawasan situ kot ???
Memang aku tau ada beberapa negeri dah wartakan pasal plastik beg ni tapi tak la sampai tahap nak saman kalau guna gak ! Hadoi.. Aku geleng kepala. Aku tengok Qhaliff.. Camana aku nak bawak ni eh ? Tak pe.. 
Aku pegang semua. Qhaliff jalan tanpa aku pegang tangannya. Dia jalan di sisi kiri aku sebab kanan jalan raya ! Haihhhhh... Menyumpah seranah aku dalam hati ! Kot ye pun tak da plastik beg , jual paper beg ke... offer beg apa saja asalkan boleh letak barang ! Bukannya takda duit nak bayar. Ni SENGIH jer siap ugut konon boleh disaman ! Hadoiiii.. Aku duduk Selangor yang siap dikecam viral berminggu lamanya pon , cuma bayar 20 sen jer kalau nak guna plastik beg gak !  Lantak dia la nak kaya sebab jual plastik atau tak , tapi aku lebih utamakan keselamatan anak aku ! 
Aku berjalan la dari situ ke hotel dalam 5-7 minit perjalanan sambil pegang barangan yang aku beli. Sampai je bilik.. aku terus amik gambar dan post di media sosial. Bukan nak dapatkan tumpuan atau nak popular tapi nak maklumkan pada rakan-rakan mengenai penggunaan beg plastik di Melaka ! 

Ini barangan yang aku beli dan pegang sambil berjalan kaki... ada satu beg plastik berisi nasi lemak 2 bungkus dan mee goreng. Kalau naik kereta , takpe la.. Ni aku jalan kaki kot ??? Bayangkan jika aku ke situ dengan dukung Aariz yang 8 bulan tu. Yelah , saja saja nak berjalan bawak anak tengok bumi Melaka sambil cari makan . Camana nak usung makanan yang dibeli tu ? Sepatutnya cakap la sebelum dia kira. Boleh aku terus keluar dari situ... 
Di hotel.. aku ceritakan masalah aku ni pada manager mereka. Mereka tergamam. Mana ada macam tu ? Aku dah mula garu kepala. Boleh ke tak boleh ni guna plastik beg di Melaka ? Ke itu cuma satu kempen je ? Takda la sampai tahap nak saman sapa guna ? Haihhhh... 
Malamnya , aku keluar gi cari aiskrim untuk Zahra. Aku ke SpeedMart yang berada berdekatan hotel. Sekali lagi aku terlupa bab 'plastik beg' sebab anak sedang demam kan ? Aku amik ais krim 3 , air botol besar.  Cashier kira dan letakkan semua dalam plastik beg ! Eh ???? Selagi lagi aku tergamam ! Nampaknya dalam entri ni aku banyak guna TERGAMAM lak ! Hahaha.. Ok , sambung... Aku tanya adik yang cun itu. 
" Dik , boleh ke tak boleh ni guna plastik beg ? Kenapa tadi saya beli kat 7 Eleven tu , dia kata tak boleh guna ?? ". Dan dia jawab.. 
" Kitorang kasi jer. ". Dia senyum. Hurm... kan senang gini ! Aku bukan tak support kempen tanpa plastik beg ni.. aku sokong jer tapi pihak yang berniaga ni sediakan la alternatif andai pembeli terlupa nak bawa beg beli belah mereka. Bukan semua orang alert dan ingat mengenainya !
 
Tapi menurut rakan rakan di Facebook , memang ada yang sediakan paper beg atau kotak untuk pelanggan mereka andai beli banyak barang.. 
Hurmm.. 


2 komen :

KakNa Journey berkata... [Reply to comment]

OH, Tak tahu pula, last pergi Melaka bulan April dpat je beg plastik. haish, betul tu bagitau lah awal2, sebab kat area umah ni pun ada 7eleven yg tak bagi plastik tapi diorg bgtau awal2 so kami taklah beli byk. keselamatan anak2 tu memang penting.

mas saari berkata... [Reply to comment]

Patutnya tengok berapa banyak orang beli, kala satu takpelah kan? Ni banyak pastu dengan anak lagi, bagi jelah orang boleh bayar je 20 sen tu!

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI