Sabtu, 27 Mei 2017

Discaj akhirnya tapi...

Semalam punya cerita.. 26/5/2017 !
Dia berselera dah makan tapi makan koko crunch jer.. Tak kisah la , janji makan ! Abissss.... huhu. Risau gak aku sebab dia tak nak makan langsung. Air pun tak nak minum. Dia takut muntah aku rasa. Tapi bila nurse kasi air , dia minum.. Nak bermanja ngan nurse la gamaknya.. 
Doktor datang check... demam dah reda. Dia boleh balik. Tapi bila sampai masa nak balik , demam dia naik sikit.. er , panas skit.. dalam 37 gitu. Risau aku aihhh... Risau kat dia satu.. bosan dalam tu pon satu hal gak. Nurse pon macam bosan je tengok aku.. Hahahah.. Abis kontrol hensem dah aku ni kot ?? Ke aku tidur berdengkur sampai satu wad dengar ? Hurmmm... 
Positif Ben , positif ! Diorang suka tapi tak nak la lama lama dalam wad , kot ? Haa.. bagus pemikiran gini ! 

Jam 4 petang , dapat surat dari doktor. Aku gi ke bahagian pembayaran.. Kasi surat.. dan kemudian dia kasi aku bil. Hehehehehe.. Aku tengok dan ternganga ! Fuhhhh.. berpeluh tapak kaki aku. Nasib baik la ada insuran. Kalau takda , mau merangkak aku kembali ke wad dan angkut beg turun bawah semula ! Hahahahaha.. 
Cer tengok berapa kena bayar ! 
Ni baru wad standard ni.. Kalau kena level artis atau level pak pak arab tu ? Haaa.. entah berapa lak eh ? Tapi bukan salah hospital tu pon.. Tu hospital antara yang terbaik di negara kita.. Dan hospital swasta tuu.. Kalau nak murah , gi je hospital kerajaan.. Ada je pilihan kan ? 
Yang penting , anak tu sihat.. Sihatkah Zahra ? Alhamdulillah.. tapi dia masih lagi lemah.. takda mood nak bermain walaupun Aariz datang kacau dia.. huhu... 
Dan aku sendiri , baru terasa kepenatan di tambah lagi dengan hari pertama puasa.. terlepas waktu sahur ! 

2 komen :

Shiqeen Sattar berkata... [Reply to comment]

Alhamdullillah

Salina Johari berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah syukur ..moga anak2 Ben diberi kesihatan baik yang berpanjangan oleh Ilahi...Aamin

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI