" Jangan lupa bawak 'kuda' Zahra ! "

by - Isnin, Mei 22, 2017

Hah ??? Kuda apa lak ??? Oh , terlupaaa aku.. Si MLP dia ! Haishhhh.. Cakap la Pony. Cuak pulak aku tak pasal pasal kena beli kuda. Yelah , permintaan orang demam kan ? Kekadang ngalahkan orang mengandung mengidam. Mana aku nak cari kuda di kala duit dalam bank ada baki RM1.05 jer!
Selepas wife membetulkan 'arahan' tu , terus aku cari di ruang tamu. Di hospital , giliran wife dan Qhaliff jaga Zahra. Aku balik ke rumah nun di Sepang jap. Amik pakaian sebab Zahra dijangka berada di wad sehingga Rabu nanti. 
" Ok , jumpaa.. " . Terus aku letak telefon. Kalau zaman bercinta dan awal kawin , nak letak telefon je dekat setengah jam.. ucap ' I love You' saja dengan 1000 kali ! Pastu pakat  'U la letak dulu... U laaaa.. U laaaa' . Skg ni tak abis cakap , dah letak ! Hahahahaha...
Aku pegang anak kuda Zahra dan geleng kepala. Takkan la aku nak bawak kuda ni gi spital dengan keadaan gini ? Bikin malu daddy ni kalau nurse atau doktor tengok ! Adehh.. Lagi pun boleh mendatangkan bahaya juga pada Zahra.. Camana eh ? 
Jahit sendiri ? Alaaa.. malasnya nak cari jarum dan benang ! Kalau nak jahit sendiri , mau dengan 15 minit gak ni. Hurmm.. camana eh ? Takda pilihan ! Kena jahit sendiri gak. Masa untuk keluarkan segala skill menjahit yang aku tinggalkan ketika aku berusia 17 tahun. Dulu aku mengait ok !! Haaa.. aku tipu jer ! Hehehehe... Tapi memang aku menjahit sebab mak aku paksa. Dia kata anak jantan apa tak reti menjahit ! Pastu dibuktikan lagi dengan babak Rambo menjahit lukanya sendiri.. aku yang teringin nak jadi Rambo pastinya tercabar dengan skill Rambo tuuu.. Fuh , tertipu sungguh la aku dengan Hollywood ! 
Dan aku mula menjahit.. Tak sampai 10 minit , siap ! Wahhh.. otai masih berbisa gituuu... Lubang jarum pon berjaya aku masukkan tak sampai 10 saat. Ternyata aku memang pakar bab memasukkan lubang ni... hahahaha.. Jangan pikir bukan bukan yer ! 
Siappp ! 
Tak kemas sangat tapi ini yang terdaya aku buat memandangkan aku dalam keadaan kelam kabut .. nak kembali ke hospital semulaa... Ok la kan dari tak da ! 
Di hospital , Zahra cukup gembira dapat 'horse' dia... 
Dah nampak makin ok tu... InshaAllah.

You May Also Like

5 comments

  1. lekas sembuh zahra nak puasa lak ...

    BalasPadam
  2. InsyaAllah cepat dpt balik...speedy recovee zahra...luv u

    BalasPadam
  3. Wahhh pandai gak menjahit. Husband saya pun pandai menjahit, saya tak reti. Hehehee!

    BalasPadam
  4. kemaslah jugak jahitan Ben..kalau saya huduh terus..

    BalasPadam
  5. Haaaa salute ben pandai menjahit...awwwwwwwww ini baru lah sado!

    BalasPadam