Memang kalau keluar hospital..

" Zahra , meh makan ubat.. ". Arah ibunya. Zahra sekadar memandang dari jauh kemudian jelirkan lidahnya. Ok , dia dah sembuh. Alhamdulillah... Lega rasanya. Yelah , dua hari dia 'tersadai' tanpa berbuat apa apa.. Nyaris aku nak bawak dia masuk balik Prince Court. 
Betul ke kata orang.. kalau kita dah masuk dalam wad , bila dah keluar tu.. mesti demam sehari dua atau badan terasa lesu semacam jer ? Hurmm .. aku yang jaga dia di wad pun terasa lesu. Rasa macam nak suruh Zahra bangun dari katil dia tu , aku nak baring lak.. suruh dia lak jaga aku. Tapi kalau aku buat gitu , rasanya aku akan tidur di ICU untuk malam tu.. hahaha.. 
Demam , dia tak dah.. Tapi pipi dia naik kemerahan. Macam naik ruam gitu. Orang kata panas dia keluar.. sehari dua nanti hilang lah.. kan ? 
Tapi yang pasti , dia dah kembali cergas walaupun tak 100%. Selera makan dia pun dah beransur ansur kembali. Namun gitu , aku tetap kena pantau dia. Abang dia , Qhaliff dan Aariz.. Alhamdulillah.. sihat je tapi ada la selsema gitu.. sesekali bersin , kuar hingus hijau ! Huhuuh.. Moga diorang sihat berpanjangan.. Ada projek ke Johor minggu ni.. InshaAllah.. Nak review hotel gitu.. heee.. Kalau ada rezeki la.. Kali pertama mereview hotel di bulan Ramadan. Ikutkan aku , malas nak gi mana mana pun. huhu..

8 ulasan:

  1. Alhamdulillah, Zahra beransur pulih. Moga terus sihat Zahra. =)

    BalasPadam
  2. Oooo baru tau pasal ruam tu sbb ritu pun de keluar ruam2 masa Rayyan nak sembuh .. gws Zahra Nur Iman

    BalasPadam
  3. rezeki jangan ditolak...moga sihat seisi keluarga hendaknya.. Aamiin

    BalasPadam
  4. Memang betul kalau lepas keluar hospital akan lemah rasa badan. Moga Zahra makin sembuh.

    BalasPadam
  5. Yang menjaga pesakit letihnya lebih berganda biasanya...tapi itulah erti kasih sayang...bila tengok yang sakit kembali sihat...keletihan rasa berbaloi..

    BalasPadam
  6. ooo macam tu erk, alhamdulillah, zahra dah sembuh

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah, ada betulnya badan jadi letih keluar wad... sebab beberapa hari stay di hospital..badan dah masuk dengan bau-bau ubat kat sana...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009