Membunuh musuh dengan lebih berkesan ! Maafkan aku.. aku terpaksa !

by - Isnin, Mei 01, 2017

Kemas tilam.. masa untuk tidur ! Tiba-tiba terpandang sesuatu yang amat aku benci dari dulu lagi... ditambah lagi dengan sizenya yang boleh membuatkan aku meroyan ketika tidur serta sayapnya jika terdengar dia terbang.. aku nekad membunuhnya tanpa pesan dan kesan ! Kot dia sempat pesan kat anak cucu dia , suruh balas dendam.. naya aku nanti ! Tanpa kesan iaitu jika dia punya telur pastinya dengan memijakknya , sesuatu yang tak bagus sama sekali ! 
Dia lari di celah celah sofa.. berhampiran tempat aku berbaring sambil tengok tv ! Ini sudah tidak bagus sama sekali. Bahayaaaa ! Kang dia merayap atas badan sado aku ini di kala aku sedang leka layan Oggy And Cockroaches.. pasti aku akan menjerit penuh keayuan ! Ini pastinya akan mengejutkan jiran tetangga.. dan menghadirkan kemaluan pada aku nanti ! Huhuh.. 
Aku post di Facebook.. Mana tau aku mangkat di kala tidur akibat terkejut dek diserang lipas terbang itu.. mereka sudah dimaklumkan terlebih dahulu. Dan secara mana tau diorang boleh kasi idea camana nak bunuh lipas tu dengan lebih berkesan ! Kan kan ? Ikut aku , guna racun serangga je.. tapi tengah malam ni , nak guna pon bahaya.. anak anak dok tidur ! 
Yesss ! Aku ada reket elektrik ! Mak aku kasi ari tu.. untuk Aariz ! Terus aku cari dan jumpa.. Charge kasi full power. Siap kau lipas... aku tunggu ko keluar dari tempat persembunyian ko tuuuuu.... hehehehe.. 
Dan.. sedang aku on laptop , dia lalu depan aku dengan penuh bangga dia ! Pastu penuh dengan sepenuh hati selepas mempersendakan aku dengan sayapnya ! Hampehhh lhooo.. Aku kejar dia ngan penyapu. Abis semua sofa aku tolak.. Dan dia terperangkap ! Heheee.. Satu libasan dengan penyapu.. dia terbabas dari lariannya ! 
Kemudian , dengan reket yang bukan milik Lee Chong Wei , aku kasi smash tepat pada kaki dia lalu dia menjerit dengan penuh manja.. aku tak dengar jeritan tu tapi aku buat andaian jika aku ini lipas tersebut , pasti aku menjerit sebegitu rupa ! 
Maafkan aku , En. Lipas .. aku terpaksa kejam sebelum kau kejam terhadap aku lagi.. dan lagi ! 

Aku tekan dan tekan lagi button ' Kill Em All ' yang terdapat di reket tu.. Lalu terdengar bunyi percikan api dan bau hangit mula menerpa hidung aku. Ahhh , well done ! Rentung sudah dia ! Boleh tahan power reket ni.  Kalau guna main badminton , pastinya bulu tangkis akan kerap ditukar sebab asyik terbakar lalu musuh seperti Lin Dan akan tarik diri sebab takut terbakar seperti itu walhal reket ni MADE IN CHINA je pun.. dia mesti boleh beli dengan banyaknya di sana ! Aparaaaa ! 
Alhamdulillah.. malam ini aku boleh tidur dengan tenang. Tiada lagi lipas terbang menganggui tidur aku , buat masa ini... 

You May Also Like

4 comments

  1. bestnya baca dengan penuh syahdu..

    BalasPadam
  2. Waktu raya...raket ni sangat famous kat rumah mertua PC...untuk kawal lalat..anak buah PC siap cakap dengan atoknya...tok kalau lalat dengan nyamuk boleh mati terbakar...boleh tak kita bakar daging burger dengan sate...krik..krik atoknya..

    BalasPadam
  3. sakit tu kena tangan,...macam kejutan letrik jadinya..tp bagus ada reket ni kat rumah...boleh main badminton sama nyamuk..hehehe

    BalasPadam
  4. Fuhhh memang trauma kalau lipas terbang muncul, mau tak cukup tanah nak lari. Hahahaaa!

    BalasPadam