Khamis, 25 Mei 2017

Nasib baik ada insurans..

Alhamdulillah.. tak sia sia bayar setiap bulan.. Segala perbelanjaan perubatan sakit Zahra , ditanggung. Sponsor ? Giler apa sponsor... Memanjang nak sponsor , Najib pon nak jadi full time blogger gini weh ! Hahahaha.. 
Perlindungan Insurans la... Satu keluarga aku amik perlindungan insurans selepas melihat apa yang terjadi pada arwah ayah aku dan beberapa orang rakan. Maka , bersusah payah sekarang ni , tak pe la.. Nanti bila anak anak tak sihat , senang.. duduk  di hospital swasta , mudah untuk kita gi lawat dan segala perbelanjaan perubatan di tanggung , mengikut pada skim yang kita amik.. 
Tu yang ada kawan ingat aku duduk di Prince Court ni , bayar sendiri.. Perghhh.. giler arrr ! Muflis terus aku kalau bayar sendiri. Lain la kalau aku ni ahli politik... heeee.. 
Berani buat gini kat hopital awam ! 

Selesa
Di sini , boleh la 2 orang sekali masuk jaga bila malam. Tapi untuk kes aku ni , aku je la. Wife kena balik jaga Aariz.Sofabed disediakan. Boleh mintak selimut dan bantal. Selesa sangat sampai tak tau sapa jaga sapa kat sini. Hahahaha..  Makanan pon sodap sodap.
Nasib baik agen agen insuran yang aku kenal ni , semua pandai buat kerja. Korang yang belum ada perlindungan insuran ni , dengan zaman virus yang entah macam macam boleh muncul.. sebaiknya amik la satu pakej yang korang mampu bayar. Bukan nak mintak kita sakit tapi sekurang kurangnya bila sakit atau ada berlaku sesuatu kecelakaan di luar kawalan kita , ada la perlindungan daripada takda langsung... kan kan ? 
Oh ya.. betul. Aku ada baca gak mengenai kes kes insuran tak nak cover atau agen insuran tak nak bayar. Maka sebab itulah kena ada agen insuran yang betul betul buat kerja dan menjaga kebaikan 'anak buah'nya. 
Aku syorkan 3 agen ni... korang leh tanya mereka sendiri mengenai insurans di Facebook : 
  1. Addy 
  2. Fazrol Amer
  3. Shiqeen Sattar
Korang nak aku jadi agen untuk korang ? Hehehehe.. Tak pe la.. buat masa sekarang , aku tak mampu nak bahagikan masa dengan kerjaya yang baru. Bukan apa , aku kalau buat kerja.. aku buat sungguh sungguh. Tak suka buat kerja setengah jalan. Dan buat masa sekarang , tumpuan aku pada blog je dulu.. hehehe... 

3 komen :

mas saari berkata... [Reply to comment]

Betul tu! Kena ada perlindungan insurans ni, untuk keadaan tak diduga camnilah.

YB Shehan berkata... [Reply to comment]

Yup sgt penting.. mmg ambil dr dorg ni kecik..

addygagah berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah... betul tu Ben, saya suka ayat yang " ambillah pakej mana yang sesuai dengan diri kita dan yang penting kalau apa2 jadi ada jugak lah kita perlindungan dimasa kita perlukan. THANKS BEN and FAMILY for ur support selama ni..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI