'Travel Privilege Card' untuk mereka suka melancong dalam negara !

by - Khamis, Mei 25, 2017

Kenapa nak bayar lebih di kala ekonomi dunia tidak stabil gini ! Kalau dapat jimat , maka berjimatlah ! Seperti kata seorang kenalan aku baru baru ni , kalau boleh kutip point dan melancong secara percuma , mengapa dibiarkan jer ? Dan dia dah pergi banyak negara , duduk di hotel mewah , menaiki penerbangan business hanya dengan menggunakan point yang dia kutip saja ! Haaaa...
Selepas tu aku terfikir.. Aku ni selalu isi minyak. Tapi tak guna kad kad yang ditawarkan di stesen tu ! Adoiyai.. ruginyaaa ! Pastu sekarang ni lak , setiap bulan mesti nak bawak anak anak berjalan sana sini.. Bila sampai kat kaunter tiket , soalan pertama.. " Takda diskaun ke untuk warganegara ? ". Tak tanya , diorang sendiri pon kekadang tak bagitau. Kita pun bayar dengan harga penuh. Sapa rugi ? Kita jugak ! 
Dan aku terima satu email dari Tourism Malaysia yang memberitahu bahawa satu kad privilege kembara telah dilancarkan dan mereka yang memiliki kad tu boleh mendapat diskaun dari 20% hingga ke 35%  pada restoran , pengangkutan , penginapan , perkhidmatan , produk yang mereka beli. Buat masa sekarang , beberapa negeri yang boleh digunapakai . Antaranya , Selangor , Pulau Pinang , Negeri Sembilan , Kuala Lumpur , Melaka , Langkawi dan Perak.

Untuk mendapatkan kad ni , korang kena daftar dan bayar cuma sebanyak RM25 sahaja. Boleh guna untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak kanak. Berbaloi la kan ? Untuk mendaftar atau nak tau lagi tempat tempat yang menarik dan boleh guna kad ni , sila ke www.malaysiatravelprivilegecard.com/



You May Also Like

3 comments

  1. Wahhh menarik!...memang julia suka lah...nanti nak survey daftar kad tu tq ben

    BalasPadam
  2. Wahhh menarik jugak ni, banyak tu diskaun!

    BalasPadam
  3. Menarik ni. Boleh jimat skit bila bawak anak anak jalan jalan

    BalasPadam