Si isteri semakin senyum tengok bil elektrik !

Semalam , bil elektrik tiba di rumah. Aku nampak dia pegang dan baca. Riak muka dia cam hampa. Apakah I-Power tidak memberi kesan pada penggunaan elektrik di rumah aku ?? Nak pasang bukanlah murah. Makan  berpuluh puluh ratus bak kata Qhaliff ! Beratus ratus maknanya.. hehehe.. 

Aku keluar dari kereta. Dan mintak bil tu. Sebelum tu aku tanya.. Berapa ? Dia jawab tiga ratus lebih. Yer, bil rumah aku , dekat tiga ratus atau lebih tu adalah biasa.. sejak dua menjak tarif elektrik dikatakan naik dengan cunnya ! Hurmmm... 

Aku baca. Tercari jap mana part patut bayar tu ! Eh ??? Biar betul ???? 


Wowww.. aku tak pernah kawal penggunaan elektik. Aircond akan tetap dipasang bila aku ada di rumah. Tak kira siang atau malam.. pasang ! Aku tak nak berpeluh di rumah.. huhu.. Dah la dengan aircond , kipas lagi... Coway Storm lagi ! Haaaa... bayangkan laaa... Berpeluh ketiak kekadang dengar dia membebel. Hahahaha.. 

Ok.. tengok bil sebelum bulan ni.. 


Yang RM201.55 tu adalah bulan ke dua selepas pemasangan. Sebulan selepas pasang tu lom beri impak. Bulan ke dua atau ketiga baru boleh nampak.. Huhuhu.. Gambar bawah ni , sebelum aku pasang I Power.  Boleh baca di entri pemasangan I POWER ni .

Secara jujurnya , aku pon kurang percaya bila pasang tapi daripada tak buat apa apa atau mengawal penggunaan secara manual yang mana aku malas nak kawal.. hehehe.. baik pasang jer. Kalau tak berjaya gak , memang kena kawal laa.. Hehehe.. 


Cuba baca entri aku pada tahun 2015 lak. Fuh , tengok bil dia + GST , memang stress betul ! Bil Elektrik Tinggi ? Bagaimana nak elakkan bayar GST ? Memang garu kepala tengok angka yang tertera. Huhuh... 

Ok.. tak pe.. kita tunggu bulan Disember ni lak.. Apakah benar benar I Power ni , memang power ! Hahaha.. Maklumlah , pelaburan nak memasangnya bukan skit. Tapi dah dua bulan , aku jimat.. Dah boleh cover kos pemasangan dan seterusnya boleh jimat. Hehehe.. Leh beli jam baru lagi pasni.. Lalalalaaa..



4 ulasan:

  1. Memang jimat betul tu aben. Dah seratus lebih je kena bayar

    BalasPadam
  2. kalau pasang kat rumah saya..entah-entah jadi bayaran percuma...hehehe... paling max pun RM100..

    BalasPadam
  3. wow biar betul... rumah saya takut nak pasang ekon. sebab bil elektrik macam ni la.. biar betul I power ni...

    BalasPadam
  4. Wahhh menarik, ada pengurangan.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.