2 minggu , baru hilang boroi !

Dua minggu aku bekerja keras. Dengan bantuan C-Trimax dan Slimtriz serta Deep Heat Lotion Cosmoderm , aku berjaya menghilangkan boroi aku... Semua tu membantu tapi yang paling penting ialah senaman yang betul ! 

Setahun cuti.. macam macam lemak berkumpul di sana sini. Kerja keras diperlukan !

C-TriMax meningkatkan kembali metabolisma aku yang dah turun. Faktor umur. Hee.. 

Lotion..Aku sapu kat perut , leher.. bahagian yang banyak lemak. Membantu gak la.

Best ! Sapu kat otot.. pastu workout. Memang berdezup dia punya 'hangat' ! Selepas workout pun best pakai. Melegakan otot-otot.

Minum sebelum dan selepas workout. Tak nak terlalu kurus dan terlalu besar. Cinch Shaklee ni sangat sesuai untuk aku.

Dan hasilnya... 

Baru 2 minggu. Satu bulan untuk aku perlukan bagi memecah segala lemak yang ada. Pastu baru boleh bina kembali otot otot yang dah lembik. Heee...  Aku bukanlah nak masuk pertandingan pon atau nak tayang badan macho.Jauh sekali nak mengunyit.Giler ! 

Aku nak fokus pada jaga kesihatan jer. Bukan apa... aku ni ada darah tinggi. Keturunan aku ada diabetes. Aku lak dah 42 tahun. Nahh.... ni jer sukan yang aku ada buat masa sekarang. Nak berbasikal , kos satu hal. Bola sepak ? Sini tak da padang. Dah tu ? Takkan nak main layang layang lak kan ? 

Dan satu lagi... ni awek muda wo... Eh , awet ! Haaa... Peluh kaw kaw gini.. fuh , terasa lega sangat ! Puashati. 3 jam di gym. Satu jam kardio.. nak kembalikan fit ! Aku solat pon leh mengah sebelum ni.. tu belum naik tangga ! Tu pasal aku kena kembali ke gym.

3 bulan untuk bekerja keras dan berharap dapat kekal semangat di bulan puasa nanti ! Huhuh..

5 ulasan:

  1. fuhhh 2 minggu eh ben...kena pi gym jugak ni baru fit cm ben hahahaha...

    BalasPadam
  2. Alaaa kita ni pun lepas habis pantang tak mula² lagi senaman, lambat ler nak dapat berat ideal. Kena mula ni haihhhh!

    BalasPadam
  3. kan bgs klu jd trainer kt umah ni. mesti rmai turun hahahaha

    BalasPadam
  4. memang kena senam, jenuh kawal makan, last2 givap, XD

    BalasPadam
  5. Fuhhh... 1 jam kardio...?! Saya 30 minit je mampu.hahaha...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.