Balik Pulau - Permata yang tersembunyi Pulau Pinang !

by - Selasa, Julai 23, 2019

Bila orang tanya aku , aku asal mana.. maka jawab aku Pulau Pinang. Aku tak dilahirkan di sana pun. Tidak juga bersekolah di sana tapi mak ayah aku berasal dari sana. Ayah, Balik Pulau dan mak aku , Tanjung. Hee.. Mak aku , peranakan. Tau peranakan ? Hee.. anak mami gitu ! Tapi ayah aku tidak. 

Pulau Pinang terbahagi pada dua bahagian. Satu , Barat Daya dan satu lagi , Timur Laut. Haaa , terkejut ? Hehehe.. Aku pun baru tau walaupun aku sering ternampak tapi aku tak nak amik tau sebab bagi aku , tak penting ! Tapi rupa rupanya sangatlah penting yer !! Aku adalah gabungan Barat Daya dan Timur Laut. Jadi aku memang berdarah Pulau Pinang. Eceh. Hahahaa.. Bangga gitu. 

Kampung ayah aku , ada keunikan. Setiap kali kalau ayah ajak balik ke sana , aku memang teruja. Antara sebabnya , suasana kampung yang mendamaikan. Tapi jika nak ke sana sebelah malam , memang menakutkan laa ! Jalan raya dia hanya yang biasa jer berani lalu. Dan menurut arwah ayah aku, kawasan tu dulu memang antara kawasan hitam. Komunis selalu serang hendap.Tapi tu dulu laa.. zaman hitam negara.


Dan Balik Pulau sangat unik ! Ibarat sebuah negeri lain di dalam Pulau Pinang ! Haaa.. kalau korang turun ke bandar besar ( George Town ) , korang akan dapati perbezaannya dengan di Balik Pulau. Orang-orangnya dan juga pemakanannya. Sejujurnya , aku tak pernah perasan pon semua ini sehinggalah aku join Balik Pulau Festival 2019 , baru baru ni. Ketika itu Timbalan Menteri Pelancongan , Seni dan Kebudayaan , YB Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik ada membuat penerangan ringkas mengenai Balik Pulau. Beliau juga selaku wakil rakyat Balik Pulau sangat aktif memperkenalkan Balik Pulau di mata dunia ! 

Bila mendengar penerangan dia , aku terasa WOW ! Bertuahnya aku menjadi sebahagian dari sejarah Pulau Pinang ! Rupanya inilah tarikan sebenar di Pulau Pinang yang ramai orang tak tau sama sekali. Sejujurnya lagi , aku pelik melihat pokok pokok kelapa yang begitu banyak di Balik Pulau ni ! Pokok kelapa hanya banyak di kawasan kawansan berpantai jer ! Malah pasir di rumah tok aku pun menyerupai pasir pantai tapi di mana pantainya ???? Arwah ayah bagitau pantai terletak di 'sebelah sana' . Kena jalan kaki skit nak ke sana. Aku macam.. ' Bapak aku ni memain ke ? '. Dan aku tak amik pusing pun dah. Aku anggap dia bergurau. Ni kawasan tinggi kot !! Mana datang ada pantai !

Bila dia bercerita yang dia punya tanah di situ dan antaranya ialah tanah sawah bendang , aku cam.. Yeke ???? Atas bukit ni ada bendang apanya? Mana datang ada sawah pagi ! Adehh.. Rupa-rupanya aku amat jahil bab Balik Pulau ni ! Yer .. aku bukan kaki explore ketika kecil dulu. Aku memang duduk bawak ketiak bapak aku jer. Tak berani nak merayau sana sini. Huhuh.. 

Balik Pulau Festival membuka mata aku. Sebab tu aku nak join sangat BPF ni. Aku nak terokai sendiri Balik Pulau dengan cara yang aku nak sangat buat dari dulu.. dengan berbasikal ! Dan ternyata Balik Pulau adalah permata yang tersembunyi di Pulau Pinang ! Seronok dapat mengenali kampung sendiri.

Sedikit sejarah mengenai Balik Pulau. yang aku amik dari blog BalikPulau.Net.

" Menurut Tan Ding Eing, di dalam bukunya , ‘Sejarah Malaysia dan Singapura’, pada bulan Februari 1786, Burma melanggar Siam dan menyerang Ujong Salang. Sultan Kedah, Sultan Abdullah Mahrum Shah (1773-98), cuba untuk memenangi hati kedua-dua belah pihak dengan menghantar senjata-senjata kepada orang-orang Burma dan perutusan taat-setia  ke Bangkok, tetapi rancangannya telah gagal. Siam, dibawah Dinasti Chakri, menghalau keluar orang Burma dan Ujong Salang dengan jayanya telah menentang penyerang-penyerang itu.

Siam kemudiannya menghantar keluar angkatan-angkatan untuk menghukum Ligor dan Pugit dan mengancam Pattani, Kedah dan Terengganu. Pattani telah diserbu dalam bulan November 1786 dan Kedah bimbangkan nasib yang sama. Sultan Abdullah sedaya upaya cuba berunding dengan Siam dan meminta bantuan British daripada Light.

Dasar perluasan kuasa ini telah mengakibatkan sejarah penghijrahan orang-orang Melayu di di Negeri-Negeri Melayu Siam. Hampir Keseluruhan penduduk-penduduk asal yang ditemui disekitar Balik Pulau mengakui bahawa asal-usul keturunan mereka ialah dari Pattani, Satul, Yala, Kedah dan Perlis. "

" Pada tahun 1821, serangan Siam yang selama ini dikhuatiri oleh Kedah telah terjadi, dengan itu Kedah telah ditadbirkan secara langsung selama 22 tahun oleh Siam.

Pemerintahan Siam telah mengakibatkan kerosakan yang banyak kepada Kedah. Perpindahan penduduk secara beramai-ramai ke luar negeri telah berlaku. Kebanyakan dari orang pelarian itu talah memperolehi tanah di seberang Perai dan mereka lebih suka tinggal di sana.

Sebahagian lagi dari pelarian-pelarian ini telah menduduki Balik Pulau dan Telok Bahang. Di antara mereka ini, terdapat juga orang-orang Bugis yang telah menetap di Balik Pulau. Mereka telah menduduki Kedah sejak memenangi peperangan merebut takhta di antara dua orang Raja Bersaudara di Selatan Kedah sejak tahun 1770.

Orang-orang dari Kuala Muda, Kedah telah membuat perkampungan mereka di Pondok Upeh sehingga kekal tempat tersebut sebagai Kg. Kuala Muda. Pda tahun berikutnya, 1822, mereka telah mendirikan masjid secara bergotong royong di atas tapak tanah yang telah diwakafkan. Masjid ini dibuna semula dalam tahun 1962. "

Segalanya terjawab ! Aku pelik nape arwah tok belah ayah aku berkulit putih sedangkan aku tahu orang kat pulau ni ramai kulit cam aku.. Rupa-rupanya, inilah dia. Hurmmm... Sebelah ayah berbeza dengan sebelah mak aku. Dari cara perbualan dan juga gaya. Beza woo walaupun satu pulau ! Bila dah tau sejarah sebenar terasa tiba tiba nak pertahankan Balik Pulau ni. Huhuh..

Balik Pulau terkenal dengan buah durian dan buah palanya. Kalau korang makan buah duriannya, aku gerenti korang takkan boleh nak berenti ! Terasa sayang sekali nak stop weh ! Hahaha. Pastu kan , makanan masakan melayu di sini ! Pergh.. cuba la try Gulai Ikan Termenung. Fuh... letak sambal belacan dan makan dengan ulam. Adehhh... tu belum lagi laksa Penang dia. Berbeza dengan Laksa Penang di George Town tu. Confirm akan bertambah punya ! 

Tarikan pelancongan di Balik Pulau ni banyak sebenarnya. Kena rajin buat kajian dan explore. Dan pastikan berbasikal di sini. Baru seronok. Huhu.. Tapi kalau nak puashati dan korang kaki durian ,  datanglah waktu musim durian. Baru berbaloi. Dan pastikan ketika tu padi dah menghijau kekuningan. Syok bergambar.

Bagi yang nak gunakan pakej berbasikal berkumpulan di Balik Pulau ni , boleh hubungi Matahari  Tours & Trips. Basikal berkualiti dan tempat dijelajah pun menarik giler  kauuu ! Best !! 








Sekitar Balik Pulau Festival 2019 . Wajar dibuat setiap tahun untuk pastikan Balik Pulau adalah antara produk pelancongan Pulau Pinang yang wajib dikunjungi bagi mereka yang melancong ke Pulau Pinang atau mereka akan pulang dengan rasa menyesal sebab tidak ke Balik Pulau ! Heee..





















Terasa sayu ketika di Balik Pulau. Teringat arwah ayah. Aku akan kembali dan kini aku ada alasan kenapa aku patut kembali ke sana ! Terima kasih Tourism Malaysia atas peluang yang diberikan. Dan bagi mereka yang nak bercuti di Balik Pulau dengan suasana kampung serta beraktiviti sambil makan durian tanpa henti.... aku syorkan guna pakej homestay di bawah ni ! Lestari Homestay !! Best !




Selamat Menjelajah Balik Pulau. Pastikan Balik Pulau dalam senarai pelancongan domestik korang atau korang akan rasa... tak lengkap bila ke Utara !

You May Also Like

5 comments

  1. Wahhh menarik ni. And paling terkejut balik pulau terkenal dengan durian. Biasa dengar durian terkenal di peraks je huhu

    BalasPadam
  2. saya orang pulau pinang, tapi bukan belah pulau lah. Butterworth. Dulu-dulu kalau musim durian, memang orang akan tanya durian balik pulau dulu sebab durian kampung lagi padu haha

    BalasPadam
  3. wei my village tempat tanah tumpah darahku hahaa.. rindu. nk blk kg. balik pulau.... durian. no. 1

    BalasPadam
  4. wei my village tempat tanah tumpah darahku hahaa.. rindu. nk blk kg. balik pulau.... durian. no. 1

    BalasPadam
  5. Pulau Pinang terbahagi kepada 5 bahagian selain Barat Daya & Timur Laut di dlm Pulau,di Tanah Besar ada kwsn Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah & Seberang Perai Selatan. jika dulu Balik Pulau di anggap 'tempat jin bertendang', sekarang tidak lagi... Jem jalannya bila tiba musim durian. jika pernah merasa durian Balik Pulau, pasti akan teringat2 keenakkannya yg lain dr yg lain.

    BalasPadam