Bila kena wife outstation , aku mulai gelisah !

by - Selasa, Julai 16, 2019

Sejujurnya , aku pening jap bila wife bagitau dia kena gi kerja luar ! Yang terbayang di kepala otak aku ialah Aariz ! Camana aku nak uruskan si kecil ni ? Hurmm.. Bukan apa.. awal pagi paling sibuk. Nak siapkan si abang , si kakak. Dia kalau tidur lena , ok la. Kalau dia terjaga, nahhh.. dia akan sibuk gak ! Jika mood dia ok , Alhamdulillah.. jika tidak , aku parah ! Huhuh..

Untuk yang bersekolah , senang jer. Ikut je list yang dia buatkan. Huhuh.. Bukanlah aku tak boleh buat pun tapi untuk memudahkan.  Selepas sekolah , takda masalah. Aku akan ke rumah mak aku jer. Tidur kat sana. Petangnya akan terisi dengan aktiviti aktiviti yang menarik.


Beraktiviti petang ni kena jaga jaga sikit memandangkan sekarang ni musim Aedes membiak ! Haa , kebetulan ketika aku dan anak anak di padang , terdengar ada pihak berkuasa membuat fogging. Hurm.. maknanya memang ada kes di kawasan perumahan mak aku ni. 

Nasib baik wife dah letakkan Lotion Talc Tea Tree Oil yang mana boleh membuatkan nyamuk atau serangga halus yang suka mengigit ni , menjauhi si pemakai. Maka aku minta mak aku sapukan pada anak anak aku sebelum turun ke padang.

Sapukan di lengan , kaki dan juga bahagian pipi serta leher. Kawasan kegemaran nyamuk ! Huhuh..




Alhamdulillah. Dari jam 5 petang hingga 6 lebih tu , kiorang yang pakai ni takde pun dihinggapi nyamuk ! Berbeza sebelum ni , aku pergi jogging dengan Qhaliff yang mana bila balik rumah jer di lengan  rupa rupanya abis kena gigit ! Berparut lak tu. Adeh..  Masa tu stok Lotion Talc dah abis ! 

Aku dah pesan kat wife untuk beli lebih sedikit produk Cosmoderm seperti Deep Heat , Facial Cleaner , Shower Gel memandangkan diorang ada buat potongan harga dan juga contest yang menarik untuk disertai ! Huhuh.. 


Maklumat lanjut dan pembelian boleh ke www.cosmderm.com.my !


You May Also Like

1 comments

  1. Movie Review : Spiderman - Far From Home. Jom baca pendapat Marina tentang movie ni.

    Jom follow Marina https://marinabashah.blogspot.com .Marina dah follow blog ni.:)

    BalasPadam