Menceriakan si anak dara di pagi hari !

by - Khamis, Julai 11, 2019



Ke sekolah takda masalah tapi nak kasi dia ada mood ke sekolah tu masalahnya ! Dah masuk dalam kereta, ok jer.. tapi bila dia dah set kepala dia ' esok cuti' memang masaklah ! Makanya , dalam sebulan dua yang lepas memang dia banyak ponteng dan hasilnya , terlalu banyak dia ketinggalan.  

Tak nak memaksa sangat dia sekarang ni. Dan nak ajar dia , kena guna psikologi. Dia tak minat pada duduk dan menghafal. Cara dia macam aku ni. Kena belajar dengan enjoy. Tu masalahnya ! Hurmm.. Cuma sekarang ni kalau di tadika. pembelajaran ala ala di sekolah rendah dah ! Tak menarik minat sangat mereka yang masih 'kanak-kanak' ! Dalam kepala nak bermain lagi. Mewujudkan persekitaran yang kurang membina minda membuatkan 'kanak kanak ' membantutkan kreativiti mereka ! Hurm.

Pagi ni.. aku buat cara baru. Di bilik air , untuk Qhaliff.. aku pasangkan lagu yang boleh bukak mata dia dan membuatkan dia mandi dengan lebih bersemangat ! Dan Zahra , aku pasang lagu Frozen ! Haa , amik kau.. Dalam mata tak boleh celik tuuu.. terus terbukak dan menari ! Terlupa terus dia sepatutnya hari ni dia kena 'cuti' ! Hahahaha.. Dan siap mandi !  Keluar dengan keceriaan. 

Terus dipersiapkan ke sekolah masing masing tanpa ada setitis air mata pun ! Ceria masing masing ditambah daddy sembur minyak wangi daddy ! Kot kot la cikgu terbau.. terus menghidupkan mood cikgu ! Heeee.. mana la tau kan ! 

You May Also Like

3 comments

  1. Terbaiklah daddy..tiptop..psikologi sangat ni..bukan pada anak-anak je..eh..dengan cikgu pun..

    BalasPadam
  2. Knk2 mmg ske lagu tu bang..
    Xjumpe butang nk follow..tp,kindly follow my blog pastu sy akn follow abg blik
    https://banban8.blogspot.com/?m=1

    BalasPadam