Percutian keluarga atau persendirian ?

Terima tawaran trip kembara. Gembira ! Dah lama tak gi jalan jalan. Tapi bila anak anak datang bermain dengan aku , tiba tiba terasa sayu. Camana aku nak tinggalkan Zahra dan Aariz ? Qhaliff dah besar. Dia dah faham. Zahra , tiap malam nak tidur.. dia akan cari aku dulu. Aariz , senantiasa dengan senyuman nampak gigi dia. Pandai memujuk. Adehhh.. merindu aku nanti ! 

Dan risau nak tinggalkan mereka dengan wife saja tanpa ada orang lain tolong jagakan. Hurmm.. akhirnya , terpaksa tolak dan utamakan keluarga. Hanya percutian bersama keluarga je aku boleh terima. Melainkan percutian peribadi tu melibatkan pekerjaan dan memberi pulangan berbaloi ! 

Alhamdulillah... Allah membalasnya dengan satu lagi percutian berbaloi bersama keluarga hujung bulan ni ! Huhuh.. 

Cam best kan ? Hehehehe.. InshaAllah best...asalkan bersama keluarga. Apa jua percutian , pasti menyeronokkan. Cuma part Aariz tak reti duduk senyap tu je la nanti. Hahahaha..




Kat mana ni ? Tungguuu.... aku cerita nanti kat blog. Kasi aku pergi dulu.. baru cerita naa ! Persoalannya , apakah realiti sama seperti yang di dalam gambar ? Heee..

4 ulasan:

  1. Waaa bestnyaaa...macam ada nampak bangunan ni orang share, tapi di mana yaaa..ingat-ingat lupaa..
    Tang anak tak diam tu, bawa je Ben, dari situ melatih anak kepada keadaan sekeliling yang mana boleh dan tak boleh..

    Selamat bercuti!

    BalasPadam
  2. Grand Ion Delemen Hotel Genting nih..

    BalasPadam
  3. Yeyyyy! Selamat holiday ben and family...juju pun utamakan percutian bersama keluarga...entah lah jenis suka tgk anak depan mata...eh husband depan mata haha

    BalasPadam
  4. alhamdulillah,bestnya.Saya hari-hari ajar anak-anak duk bayangkan menginap di hotel bersama keluarga.Moga ada rezeki saya pula pergi bercuti bersama keluarga tercinta.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.