Isnin, 1 Julai 2019

Perlukah aku hantar Qhaliff ke sekolah berasrama penuh?




Artikal BuasirOtak.com menarik minat ramai rakan rakan di Facebook aku setelah aku berkongsinya di Timeline aku. Pelbagai reaksi diberikan. Ada yang berkongsi pengalaman suka duka mereka di sana. 

Tajuk ' Sisi gelap sekolah berasrama yang jarang diketahui ' dah dikongsikan ramai rakan rakan. Bukan bertujuan untuk cuakkan mereka tapi sebaliknya adalah untuk pastikan ibu bapa yang hantar anak anak ke asrama , atau belajar di luar negara senantiasa pantau aktiviti aktiviti serta mengambil berat akan anak anak mereka. Sekadar berdoa dan lepas tangan pada pihak pentadbiran , adalah tidak patut sama sekali.

Mendidik anak anak berdikari sejak kecil lagi , bagi aku memang bagus sekali. Membaca satu komen rakan pembaca di blog tu membuatkan aku rasa cam... hurm. sememangnya dia hidup begitu sejak kecil lagi. Apakah perlu aku didik anak anak aku begitu juga ? 

Terlalu melindungi anak ? 

Sejak wife mengandung , aku berazam menjaga anak anak aku sendiri. Memastikan mereka membesar di hadapan aku walaupun tidak sempurna tapi aku sebagai seorang ayah akan berusaha memberikan yang secukupnya buat mereka.. ilmu di dunia dan juga untuk bekalan ke akhirat ! 

Dunia masakini sangat mencabar ! Terlalu mencabar. Melihat kepada anak anak sendiri , rasanya mereka belum mampu nak berdikari di luar sana. Bukan tak boleh tak belum bersedia aku untuk lepaskan mereka walaupun untuk seharian. Heee... Kenali anak anak sendiri. 

Bagi aku la , sekolah berasrama penuh patut diberi peluang kepada mereka yang tidak berkemampuan. Miskin, anak yatim piatu , ibu tunggal yang punya anak ramai dan tidak berkemampuan. Ini masa untuk mereka ubah kehidupan mereka. Tapi kita tengok sekarang ni , yang kaya raya pun sibuk nak antar anak mereka masuk ke sana. Kenapa ? Hurm..

Luangkan masa bersama..

Aku lihat beberapa contoh akibat terpisah lama dari keluarga. Keakraban bersama adik beradik jadi kurang.Bukanlah semua tapi risau ianya terjadi. Yelah , segalanya bergantung kepada cara kita. Aku faham tapi ikut pada kemampuan kita. Macam aku sediri.. aku tak rasa aku mampu lakukan. Aku risau aku akan ambil kesempatan di situ yakni bersenang lenang tanpa ada rasa tanggungjawab ! Rilekss gitu ! 

Bila ada anak anak di sisi , aku rasa begitu banyak tanggungjawab kena pikul membuatkan aku tak senang duduk dan kurang rehat. Tapi  gembira bila keletah anak anak membesar di sisi. Sekurangnya nanti , bila aku dah tua.. mereka akan ada disisi aku. Rezeki aku jika ianya begitu. Anak anak sekarang bila dah berjaya, terus sibuk dengan kerjaya. Tunggu raya baru nak nampak muka. Huhuh.. tu pun kalau diorang balik.. kalau tak ? Huhuh.. Kenapa ? Sebab ada yang kata.. 

" Ala.. mak bapak aku dulu antar aku sekolah jauh.. berdikari.. takkan la diorang dah besar pun tak leh berdikari ? "

 Cara masing masing besarkan anak

Pengalaman hidup membuatkan kita begitu berhati hati dalam membuat keputusan pada anak anak kita. Buat masa ini , aku rasa biarlah mereka di sisi aku. Rapat sesama adik beradik. Aku taknak mereka punya semangat 'kawan diutamakan berbanding adik beradik' . Biarlah aku sendiri yang naik tangan pada mereka daripada orang luar yang melakukannya. Sekurangnya  aku pikul tanggungjawab itu. 

Kesimpulan... tak salah nak hantar anak anak belajar jauh dari kita tapi pastikan..pastikan mereka tidak terbiar dan dibiarkan atas alasan berdikari. Jika mereka sudah sebati dengan keadaan itu, bersedialah kita untuk menerima risikonya. 

Contohnya.. Jika balik dari asrama , mereka buat hal sendiri. Terus hilang keluar bersama kawan kawan. Tidak berminat untuk keluar bersama keluarga atau bercuti bersama. Jika dah berkerjaya , jarang pulang ke kampung halaman atau jika pulang pun , sekadar untuk tidur jer.. selebihnya diabiskan masa di luar ! Itu belum kes liwat dan lesbian. 

Itu contoh dari sudut negatif. Positifnya.. pun ada. Apa pun , terpulang pada cara didikan kita. Jika kita yakin dengan cara kita , ikutlah. Yang penting , kita jadikan mereka.. manusia !

5 ulasan:

  1. Betul. Hanya kita yang kenal siapa anak kita. Bersedia atau tak dia untuk berhadapan dengan dunia baru, jauh dari pemantauan emak ayah.

    BalasPadam
  2. kalau saya - saya tak nak hantar anak-anak saya masuk SBP. hehe

    BalasPadam
  3. Terima kasih Tuan Ben kerana sudi berkongsi dan membaca perkongsian dari blog saya, saya amat menghargainya.

    BalasPadam
  4. setuju.. selalu berfikir tentang tempoh masa bersama anak ketika mereka membesar adalah the most precious moment that will pass by n never in life, it return..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.